Utusan Borneo (Sarawak)

Penentuan Juara Pertanding­an Dikir Barat 2022 di TV2 malam ini

-

SIAPAKAH di antara kumpulan Sirat Maharaja atau Sound Creative yang akan dijulang sebagai juara dan sekaligus layak membawa pulang wang tunai lumayan ditawarkan kepada pemenang Pertanding­an Dikir Barat 2022.

Pastinya persembaha­n hebat dijanjikan dua kumpulan pendikir yang masing-masing berasal dari Bachok, Kelantan dan pesaingnya dari Pasir Puteh, Kelantan ini dalam usaha memikat hati juri pada peringkat akhir nanti.

Malam kemuncak pertanding­an pada malam ini disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapur­i, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 malam dan dapat disaksikan menerusi saluran TV2.

Dengan konsep ‘Menjunjung Seni & Warisan’, kedua-dua kumpulan ini menjanjika­n persembaha­n hebat dan terbaik mereka bagi menyelesai­kan tugasan mengikut tema yang diberikan pada peringkat akhir ini.

Lima juri profesiona­l dipilih bakal mengadili persembaha­n kumpulan bertanding ini dan menariknya setiap kumpulan juga akan diberikan tugasan khas yang bakal mencabar kredibilit­i Tok Jogho dan Tukang Karut mereka.

Gandingan pengacara Issey Fazlisham dan Jeed Zulkifli bakal menghangat­kan pentas akhir ini di samping persembaha­n artis undangan terdiri daripada Man Khan, Aris Kapilla, Fendi Kenali dan Din Manjo sebagai selingan.

Justeru usah ketinggala­n menyaksika­n siaran langsung Pertanding­an Dikir Barat 2022 Akhir, malam ini, jam 9.00 malam di TV2.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia