Utusan Borneo (Sarawak)

Kes Siti Bainun: Bella hadir di mahkamah untuk sesi pengecaman

-

KUALA LUMPUR: Remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella hadir di Mahkamah Sesyen di sini semalam untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraa­n kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya­nya.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memberitah­u mahkamah, selain Bella terdapat lima lagi individu berumur antara tiga hingga 17 tahun hadir ke mahkamah bagi sesi pengecaman itu.

“Mereka hadir hari ini (semalam) untuk sesi pengecaman,” katanya sebelum perbicaraa­n kes Siti Bainun bermula.

Sebelum ini, kesemua mereka berada di bawah jagaan Siti Bainun di rumah perlindung­an berkenaan.

Sesi pengecaman itu akan dilakukan oleh tiga saksi iaitu pembantu pengurus syarikat Zurianty Sudin, 39, penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, dan pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40.

Bella dibawa memasuki bilik saksi pada 9.50 pagi oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan disambut oleh peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan

Ibrahim selaku peguam pemerhati.

Terdahulu, Bella tiba di mahkamah dengan bertudung dan berkemeja berwarna biru serta seluar hitam sambil menunjukka­n ‘mini love’ kepada jurugambar.

Sementara itu, Khairul Anwar ketika ditemui pemberita berkata pasukan peguam pemerhati menyambut Bella dan remaja itu berada dalam keadaan sihat.

“Diharap keadaan anakanda Bella kekal stabil sehingga selesai prosiding hari ini (semalam) terutama ketika proses pengecaman saksi sebentar lagi.

“Pihak peguam pemerhati merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada JKM kerana telah melindungi dan menjaga anakanda Bella sehingga kembali sihat,” katanya.

Seramai lapan saksi pendakwaan telah memberi keterangan dalam kes itu dan hari ini (semalam) Suhana, yang juga saksi pendakwaan kelapan akan menyambung keterangan­nya.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominiu­m di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi.

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMBUNG BICARA: Siti Bainun (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapiny­a melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun.
— Gambar Bernama SAMBUNG BICARA: Siti Bainun (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapiny­a melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun.
 ?? — Gambar Bernama ?? SESI PENGECAMAN: Bella (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraa­n kes Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya­nya.
— Gambar Bernama SESI PENGECAMAN: Bella (tengah) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam untuk sesi pengecaman oleh tiga saksi dalam perbicaraa­n kes Siti Bainun yang didakwa mengabai dan menganiaya­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia