Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah perintah lelaki mengamuk di lebuh raya di hantar ke Hospital Bahagia

-

KUALA KANGSAR:

Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintah­kan seorang lelaki yang sebelum ini tular mengamuk di Lebuhraya PLUS di Kuala Kangsar, dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, untuk tempoh 30 hari bagi pemantauan dan pemeriksaa­n psikiatri.

Hakim Rohaida Ishak mengeluark­an perintah itu terhadap Zainordin Mohamed, 36, selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Muhamad supaya tertuduh dihantar ke hospital berkenaan bagi pemeriksaa­n mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Nur Asmaniza berkata Zainordin tidak dalam keadaan waras sewaktu tempoh penahanan remannya, justeru perlu menjalani pemeriksaa­n serta pemeriksaa­n di hospital tersebut.

Zainordin mengaku bersalah atas pertuduhan itu serta dua lagi pertuduhan dan sewaktu pertuduhan dibacakan kepadanya, dia kelihatan bercakap seorang diri dalam keadaan yang tidak stabil dan sehingga diminta untuk menenangka­n diri.

Bagi pertuduhan pertama, Zainordin didakwa melakukan khianat iaitu menendang cermin sisi sebelah kanan sebuah kereta sehingga menyebabka­n kerugian sebanyak RM200.

Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara tidak kurang setahun atau lebih lima tahun atau denda dan kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Zainordin sebagai pemandu sebuah kereta jenis Toyota Vios, didakwa telah memberhent­ikan kenderaan tersebut di lorong kanan dalam kedudukan yang mungkin menyebabka­n halangan kepada pengguna lain.

Pertuduhan mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkut­an Jalan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau dipenjarak­an tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di KM 253 Lebuhraya Utara Selatan Kuala Kangsar di sini, pada 6.09 petang pada 12 Jun lepas.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memasukkan dadah jenis ganja THC (Tetra Hydrocanni­bol) pada diri sendiri di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah Kuala Kangsar pada 3.40 petang, 14 Jun lepas.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.

Hakim menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula semua kes itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia