Utusan Borneo (Sarawak)

Alunan bacaan al-Quran jadi pendamping pemuda kurang upaya penglihata­n

-

Tatkala generasi muda masa kini lebih gemar mendengar muzik, seorang pemuda kurang upaya penglihata­n memilih alunan bacaan alQuran sebagai ‘halwa telinga’ dan belajar mendalami serta menghafal kalam Allah itu.

Muhammad Iman Izzuddin Jamaludin, 21, berasal dari Tenom, Sabah, gemar mendengar alunan bacaan al-Quran menerusi cakera padat sejak berusia empat tahun serta belajar menggunaka­n al-Quran braille dalam bentuk naskhah, sebelum beralih ke teknologi eBraille Al-Quran ciptaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Saya memilih al-Quran kerana ia merupakan garis panduan untuk semua umat manusia, sebab itu saya memilih untuk membaca dan menghafaln­ya.

“Rasa tenang dengar ayat al-Quran (walaupun) pada mulanya agak susah untuk menghafal dari satu juzuk ke satu juzuk, tetapi semua dapat dipelajari dengan lancar,” kata anak ketiga daripada empat beradik itu ketika ditemui di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di Pusat Islam Iskandar, di sini malam kelmarin.

Muhammad Iman Izzuddin yang pertama kali menyertai MTHQK merupakan antara 28 peserta dari seluruh negara yang bertanding bagi kategori Hafazan al-Quran 10 Juzuk.

Beliau pernah menyertai pelbagai pertanding­an dan merupakan johan mewakili Sabah bagi Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan pada 2018.

Sementara itu, bapa Muhammad Iman Izzuddin, Jamaludin Kassim, 59, berkata selain mendengar alunan bacaan al-Quran menggunaka­n cakera padat dan membaca eBraille, anaknya juga mengikuti kelas taranum sejak berusia 15 tahun.

“Iman (Muhammad Iman Izzuddin) belajar al-Quran secara persendiri­an dan apabila ada kelas taranum di Sabah, ketika tingkatan tiga saya masukkan dia kelas taranum dan belajar dengan qari yang pernah mewakili Sabah.

“Sejak usia 11 tahun, Iman sudah mengikuti pertanding­an di sekolah dan pernah mewakili Sabah, saya harap Iman berjaya dalam apa jua impiannya,” katanya.

Muhammad Iman Izzuddin yang mengimpika­n untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabang­sa turut berharap orang ramai mendekatka­n diri dan berdamping dengan al-Quran untukmenda­patkankere­daan di dunia dan akhirat.

“Saya ingin memartabat­kan qari orang kelainan upaya di persada antarabang­sa dan di seluruh dunia... semoga impian saya tercapai insya-Allah,” katanya.

MTHQK2022b­erlangsung selama enam hari bermula 12 Jun lepas dengan penyertaan 110 peserta daripada seluruh negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIIKTIRAF MBOR: Reezal Merican menyampaik­an sijil MBOR kepada Abdul Rashid (kanan) pada Majlis Aspresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022 di Tasek Gelugor, malam kelmarin.
— Gambar Bernama DIIKTIRAF MBOR: Reezal Merican menyampaik­an sijil MBOR kepada Abdul Rashid (kanan) pada Majlis Aspresiasi dan Penutupan Sambutan Hari Guru Peringkat Pulau Pinang 2022 di Tasek Gelugor, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia