Utusan Borneo (Sarawak)

Ini kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu adalah khusus terhadap lembu hidup: Idris

-

JOHOR BAHRU: Isu penggantun­gan kelulusan loji sembelihan Thomas Foods Internatio­nal Lobethal, Australia tidak akan menjejaska­n bekalan daging lembu khususnya untuk sambutan Aidiladha.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, ia kerana permintaan tinggi bagi aktiviti korban sempena perayaan itu adalah khusus terhadap lembu hidup.

“Masalah (terjejas) bekalan tidak timbul kerana selalunya kalau (daging) permintaan tinggi pada musim perayaan Aidilfitri, (manakala) Aidiladha orang tunggu lembu hidup.

“Masalah (terjejas) bekalan tidak timbul kerana selalunya kalau (daging) permintaan tinggi pada musim perayaan Aidilfitri, (manakala) Aidiladha orang ” tunggu lembu hidup.

“Jadi insya-Allah tidak ada isu dan (bekalan daging terjejas) pun ditampung oleh tempat lain,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2022 di sini malam kelmarin.

Beliau diminta mengulas mengenai sama ada penggantun­gan kelulusan loji sembelihan itu akan menjejaska­n bekalan daging ketika Aidiladha atau sebaliknya.

Mengenai status penggantun­gan itu, Idris berkata perkara itu masih dalam proses siasatan.

Pada 14 Mei lepas, dilaporkan bahawa kelulusan penyembeli­han yang diberikan kepada syarikat yang diiktiraf halal oleh Malaysia di Australia, Thomas Foods Internatio­nal Lobethal digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dipetik sebagai berkata keputusan itu dibuat hasil sidang khas antara Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, JAKIM dengan pihak berkuasa Australia iaitu ‘Department of Agricultur­e, Water and the Environmen­t’ (DAWE) pada 13 Mei lepas. — Bernama

Datuk Idris Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia