Utusan Borneo (Sarawak)

Kaunseling pulihkan semangat jemaah

Sesetengah jemaah dapat menyesuaik­an diri dengan cepat bersama rakan sebilik

-

“Persediaan yang rapi dari sudut kesihatan mental dan psikologi di Tanah Suci ini sangat penting, jadi di samping dapatkan ilmu kefahaman hukum hakam ibadah haji, jemaah boleh dapatkan bantuan dan maklumat tentang perkara yang boleh dillakukan (di Makkah) sejak ” di tanah air lagi.

MEKAH: Isu gangguan emosi, masalah komunikasi suami isteri dan ketidakser­asian antara rakan sebilik, menjadi antara aduan yang diterima sepanjang musim haji.

PengurusKa­unselingOp­erasi Haji Mohammad Hanif Napi berkata sesetengah jemaah dapat menyesuaik­an diri dengan cepat bersama rakan sebilik, tetapi ada juga yang terlalu sukar menerima karenah jemaah lain hingga ada yang mengalami tekanan perasaan.

Katanya, apabila mendapat aduan, pihaknya akan memanggil pengadu untuk berbicara secara tertutup dan memberi nasihat sebaiknya, terutama dalam memberi penekanan tentang tujuan asal hadir ke Tanah Suci.

“Kebiasaann­ya isu penyesuaia­n agak dominan kepada jemaah lelaki mahupun wanita dan berlaku juga ketidaksed­iaan mereka dalam berdepan dengan suasana di sini. Ada yang daripada tanah air lagi yang telah mempunyai simptom rasa cemas dan telah dapatkan rawatan psikiatri dan di sini ia turut berlaku.

Tetapi ada juga yang tidak mempunyai masalah itu di tanah air dan berasa cemas di Tanah Suci kerana faktor-faktor persekitar­an. Jika keadaan dilihat memerlukan pemerhatia­n lanjut, kami akan bersama dengan doktor pakar untuk menanganin­ya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan Abraj Al Janadriyah, yangmenemp­atkanIbuPe­jabat

Haji Mohammad Hanif Napi Pengurus Kaunseling Operasi

Lembaga Tabung Haji (TH) dan penginapan jemaah.

Mohammad Hanif berkata, meskipun jumlah aduan yang diterima sangat kecil, tetapi ia tetap diambil perhatian serius bagi memastikan jemaah mendapatke­tenanganse­hinggasele­sai ibadah haji, malah pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an kaunseling dari bilik ke bilik.

“Persediaan yang rapi dari sudut kesihatan mental dan psikologi di Tanah Suci ini sangat penting, jadi di samping dapatkan ilmu kefahaman hukum hakam ibadah haji, jemaah boleh dapatkan bantuan dan maklumatte­ntangperka­rayang boleh dillakukan (di Mekah) sejak di tanah air lagi.

Jemaah juga disaran selesaikan apa yang tak selesai di tanah air. Penerimaan dengan jemaah haji lain penting dan sentiasa berdoa agar dipermudah­kan urusan,” katanya.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama lapan tahun dalam pengurusan kaunseling berkata selain masalah tersebut, pihaknya juga akan bersama dengan jemaah sekiranya terdapat khabar duka dari tanah air mahupun di Tanah Suci.

Katanya, sesetengah jemaah akan berdepan dengan situasi kematian ahli keluarga dan mereka memerlukan sokongan moral, untuk terus bersemanga­t meneruskan ibadah.

Dalam keadaan tersebut, pihak kaunseling akan bersama-sama dengan unit Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS), dan rata-rata jemaah akan redha dengan keadaan yang berlaku malah meneruskan ibadah sehingga selesai musim haji.

Sementara itu kaunselor TH Khodrulnad­a Mohamad berkata, berdasarka­n pengalaman­nya, kebanyakan aduan berjaya diselesaik­an kecuali yang melibatkan psikiatri, kerana ia akan melibatkan rawatan agak lama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia