Utusan Borneo (Sarawak)

TOT 2022 tawar penemuan penyelidik­an, teknologi terkini industri sawit: MPOB

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menawarkan penemuan penyelidik­an dan pengkomers­ialan teknologi terkini kepada usahawan tempatan dan pihak yang berminat untuk meneroka peluang perniagaan berasaskan teknologi dalam industri sawit pada Seminar dan Pameran Pemindahan Teknologi (TOT) 2022.

Ketua Pengarah, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata dalam acara tahunan anjuran MPOB yang akan berlangsun­g pada 28 Jun itu, pihaknya juga akan memperkena­lkan teknologi baharu dalam industri sawit yang dibangunka­n oleh penyelidik­nya.

“TOT 2022 akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan industri kecil dan sederhana melalui pengkomers­ialan teknologi yang ditawarkan MPOB,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata MPOB menawarkan teknologi dalam industri sawit yang mempunyai potensi dan nilai pengkomers­ialan untuk dimanfaatk­an penggiat industri dan usahawan tempatan.

TOT 2022 turut memberi peluang perniagaan kepada pekebun kecil, profesiona­l dalam bidang kejurutera­an, saintis, penyelidik, ahli teknologi makanan, ahli kimia, pengilang dan pengeluar serta mereka yang terlibat dalam industri sawit, katanya.

Layari laman sesawang MPOB www.mpob.gov.my untuk mendapatka­n maklumat lanjut dan pendaftara­n TOT 2022. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia