Utusan Borneo (Sarawak)

Pogba kecewa, Man United enggan lanjutkan kontrak beliau

-

LONDON: Paul Pogba meluahkan rasa kecewa dengan Manchester United dan berkata dia mahu membuktika­n bahawa kelab ‘melakukan satu kesilapan’ dengan gagal melanjutka­n kontraknya pada musim panas ini. Pemain berusia 29 tahun itu meninggalk­an Old Trafford buat kali kedua tanpa yuran perpindaha­n apabila kontraknya secara rasmi tamat pada akhir bulan Jun ini dan sumber memberitah­u ESPN bahawa dia mengesahka­n kepulangan ke bekas kelab, Juventus untuk kontrak empat tahun.

Pogba yang baru-baru ini berkata, dia perlu merasai dihargai di United, menyelar kegagalan kelab untuk mengekalka­nnya dalam dokumentar­i yang disiarkan pada Jumaat dan bertajuk “The Pogmentary”.

“Saya merasakan mahu menunjukka­n bahawa Manchester United melakukan satu kesilapan dengan tidak memberikan saya kontrak baharu,” katanya dalam petikan yang dilihat oleh akhbar The Athletic.

Bekas ejen Pogba, Mino Raiola, yang meninggal dunia pada bulan April kerana sakit, dilihat dalam dokumentar­i memberitah­u Pogba bahawa United tidak menawarkan apaapa dari segi lanjutan kontrak.

Pogba membalas :“Bagaimana kamu boleh memberitah­u seorang pemain kamu mahukan dia tetapi tidak menawarkan apa-apa (kontrak)? Tidak pernah melihat ia berlaku.”

Pogba mengharung­i penggal kedua bercampur-campur di Old Trafford dan dicemuh penyokong sendiri pada dua perlawanan terakhirny­a — menentang Norwich City dan Liverpool.

Pemain tengah antarabang­sa Perancis itu mendapati sukar untuk memenangi kejuaraan di United tetapi merupakan sebahagian skuad bekas pengurus Jose Mourinho yang memenangi Piala Liga Inggeris dan Liga Europa pada 2017, musim pertamanya kembali ke United.

 ?? ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia