Utusan Borneo (Sarawak)

Man City akan mulakan kempen pertahanka­n kejuaraan Liga Perdana Inggeris di West Ham

-

LONDON: Manchester City akan memulakan kempen mempertaha­nkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris di West Ham United sementara Liverpool akan bertandang ke Fulham untuk perlawanan pertama musim baharu.

Jadual perlawanan untuk musim baharu 2022/2023, dikeluarka­n pada Khamis, memberikan pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag ujian pertama di Old Trafford menentang Brighton, yang membelasah United 4-0 bulan lepas.

Perlawanan pertama pendatang baharu liga elit sejak 23 tahun, Nottingham Forest, ialah di Newcastle United.

City, yang dibimbing Pep Guardiola, akan memulakan kempen memburu kejuaraan kelima dalam enam musim di Stadium London pada 7 Ogos, selepas semua pesaing mereka memulakan kempen.

Frank Lampard, di mana kelabnya, Everton berjaya mengelak penyingkir­an dari Liga Perdana musim lalu, akan menentang bekas kelabnya, Chelsea.

Untuk musim kedua berturut-turut, Arsenal memulakan musim baharu dengan kunjungan singkat ke kelab jiran, Crystal Palace pada Jumaat, 5 Ogos.

Liverpool dan City akan menyambung permusuhan mereka di Anfield pada pertengaha­n bulan Oktober, selepas perlawanan Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu, dengan jadual perlawanan kedua pada permulaan bulan April.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ternyata tidak gembira dengan jadual perlawanan liga yang berhampira­n dengan perlawanan di Eropah.

Tiga perlawanan mereka di tempat lawan selepas perlawanan pusingan pertama Liga Juara-Juara ialah menentang Chelsea, Arsenal dan Tottenham.

Enam kelab besar dipisahkan pada minggu terakhir sebelum rehat untuk kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar, hujung minggu 12/13 November.

Selepas kempen disambung semula pada 26 Disember, Leeds menanti kunjungan City dan United menentang Forest di Stadium Etihad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia