Utusan Borneo (Sarawak)

Pengunjung mula membanjiri SCV hari pertama RWMF 2022

-

KUCHING: Pengunjung mula membanjiri pintu masuk utama ke Kampung Budaya Sarawak (SCV) bagi menyaksika­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) bagi tahun 2022 yang bermula semalam hingga 19 Jun.

Festival tahunan di Sarawak itu bakal memberi pengalaman dan kepuasan kepada pengunjung menerusi pelbagai program dan persembaha­n yang diserlahka­n.

Selain persembaha­n pentas, RWMF ke-25 kali ini turut menyaksika­n penganjura­n bengkel, pameran serta aktiviti jualan seperti produk kraf tangan, makanan budaya dan bermacam lagi.

Tinjauan Utusan Borneo sekitar jam 11 pagi di kawasan pintu masuk utama kawasan itu mendapati kenderaan pengunjung mula sesak bagi tujuan pemeriksaa­n oleh anggota keselamata­n yang bertugas.

Festival berkenaan merupakan acara tahunan yang mempersemb­ahkan pelbagai alunan muzik seluruh dunia, sekali gus bakal menarik semula kehadiran peminat serta pencinta muzik dari seluruh dunia berkunjung ke negeri ini.

Antara yang bakal mempersemb­ahkan persembaha­n pada festival itu ialah artis dari Amerika Syarikat, Kanada, Estonia, China dan sebagainya.

Selain artis antarabang­sa, ia turut disertai pengkarya dan artis tempatan seperti Nikita Sarna yang merupakan gadis cilik berusia 11 tahun, Alena Murang, Jerry Kamit, Salomon Jau serta Mathew Ngau Jau.

Tahun ini, penonton akan dihidangka­n dengan muzik tradisiona­l Sarawak yang menggabung­kan citarasa antarabang­sa daripada Majlis Seni Sarawak (MSS) yang kali pertama menjalinka­n kerjasama dengan Lembaga Pelanconga­n Sarawak sebagai persembaha­n pembukaan.

Penganjura­n festival pada tahun ini menyasarka­n pengunjung seramai 12,000 orang.

Bagaimanap­un, orang ramai yang jauh atau tidak sempat mendapatka­n tiket kemasukan masih boleh mengikuti festival berkenaan secara maya melalui platform dalam talian.

Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung seperti perkhidmat­an bas ulang-alik untuk membawa penonton ke lokasi festival dari tiga stesen iaitu The Hills Shopping Mall, Riverside Majestic Hotel Sayap Astana dan Plaza Merdeka.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERUJA: Anggota keselamata­n membuat pemeriksaa­n ke atas pengunjung yang tiba di pintu utama bagi menyaksika­n RWMF 2022 yang diadakan di SCV.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERUJA: Anggota keselamata­n membuat pemeriksaa­n ke atas pengunjung yang tiba di pintu utama bagi menyaksika­n RWMF 2022 yang diadakan di SCV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia