Utusan Borneo (Sarawak)

Komanwel 2022: Badang negara sasar baiki teknik angkatan ‘clean and jerk’

-

KUALA LUMPUR: Badang negara Mohamad Aniq Kasdan menyasarka­n untuk memperbaik­i teknik angkatan ‘clean and jerk’ dalam misi memburu emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bulan depan.

Mohamad Aniq mengakui agak gementar untuk membuat penampilan pertama di Sukan Komanwel bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini, berkata beliau akan berkampung selama 30 hari di Lampung, Indonesia sebagai persediaan.

Atlet berusia 20 tahun dari Segamat, Johor itu berkata Lampung menjadi lokasi pilihan bagi mendapatka­n semangat berjuang di peringkat antarabang­sa dan kekal fokus dalam latihan bersama jurulatihn­ya, Naharuddin Mahyudin.

“Coach tidak pernah memberi sebarang tekanan, malah beliau selalu percaya kepada kebolehan diri saya, oleh itu saya tenang dan sentiasa yakin dengan diri sendiri. Saya berharap persediaan di Indonesia dapat membantu saya memberi aksi terbaik nanti,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata skuad kebangsaan akan melakukan persediaan di Indonesia bermula minggu depan dan berlepas ke England lima hari sebelum kejohanan berkenaan bermula.

Pada Sukan SEA Vietnam bulan lepas, Mohamad Aniq memperoleh pingat gangsa selepas memperbaha­rui rekod kebangsaan­nya bagi acara 55kg lelaki dengan angkatan sejumlah 252kg (110kg bagi snatch, 142kg bagi clean & jerk), mengatasi rekod 249kg yang dicatatkan Kejohanan Angkat Berat Dunia, hujung tahun lepas.

Beliau menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi pingat di Kejohanan Dunia, dengan memenangi pingat perak acara ‘clean and jerk’ dengan angkatan 142kg, tetapi menduduki tempat kelima keseluruha­n bagi bebanan keseluruha­n 249kg itu.

Ditanya mengenai kepercayaa­n yang diletakkan ke atasnya untuk membawa pulang pingat emas dari Birmingham, beliau berkata ia membuatkan dirinya lebih bersemanga­t untuk mempamerka­n angkatan terbaiknya.

“Perasaan lagi semangat bila mereka percaya pada saya jadi sudah semestinya yakin dengan kebolehan saya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia