Utusan Borneo (Sarawak)

Pembaikan saluran paip di Miri dijangka siap hari ini

-

KUCHING: Kerja-kerja pembaikan segera terhadap saluran paip yang mengakibat­kan masalah bekalan air di Miri dijangka siap hari ini (Ahad), kata Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Julaihi Narawi.

Menurutnya, bekalan air juga akan dipulihkan secara beransuran­sur ke semua kawasan pada hari Isnin, sekiranya keadaan cuaca mengizinka­n.

Beliau memberi jaminan segala usaha pembaikan sedang dijalankan untuk menyelesai­kan masalah itu secepat mungkin.

“Sebanyak 80 peratus kawasan didiami penduduk di Miri mengalami masalah tersebut dan kami meminta maaf atas apa yang berlaku.

“Ini kerana sambungan paip besar yang digunakan merupakan jenis yang lama dan telah berusia 30 tahun dan kaedah penyambung­an paip itu tidak menggunaka­n kaedah mengimpal,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Julaihi berkata, masalah berlaku kerana tanah di kawasan itu lembut sekali gus menyebabka­n sambungan paip terlepas.

Sehubungan itu katanya, sementara menunggu keadaan pulih, sebanyak 18 lori tangki air digunakan bagi menyediaka­n air di kawasan yang terjejas.

“Kami turut kesal dengan kesulitan yang dialami penduduk bandar raya Miri berikutan gangguan bekalan air, dan kami akan mengemas kini secara berkala kepada orang ramai melalui kenyataan akhbar mengenai situasi semasa,” katanya.

Beliau turut menyatakan ucapan terima kasih kepada Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin yang bertindak menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan terdiri daripada Pejabat Residen Miri, Pejabat Daerah dan agensi berkaitan lain untuk menyelesai­kan situasi itu dengan segera.

Justeru katanya, Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi

Sarawak dan agensi LAKU Management Sdn Bhd komited untuk memastikan isu gangguan bekalan air utama di Miri dapat diatasi.

Warga Miri mengalami gangguan bekalan air selepas berlaku kebocoran pada saluran air berdiamete­r 1,100mm di Batu 7, Jalan Miri-Bintulu (berhampira­n PUSPAKOM) pada 16 Jun lalu.

 ?? ?? TANGANI SEGERA: Julaihi ketika ditemui pemberita bagi mengulas masalah bekalan air di Miri.
TANGANI SEGERA: Julaihi ketika ditemui pemberita bagi mengulas masalah bekalan air di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia