Utusan Borneo (Sarawak)

Empat bilik Rumah Masam Unyat hampir ranap dalam insiden tanah runtuh

-

KAPIT: Empat bilik Rumah Masam Unyat di Ulu Terusa, Jalan Rimbunan, dekat sini hampir ranap dalam insiden tanah runtuh pagi kelmarin.

Dalam kejadian itu, struktur bahagian belakang kesemua bilik terutama dapur rosak teruk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timoty Barat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 9.08 pagi.

“Bertindak atas maklumat, pasukan BBP Kapit bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalanka­n pemantauan.

“Setibanya pasukan kami di lokasi, didapati buah bilik daripada lapan pintu rumah panjang itu terjejas akibat tanah susur,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Menurutnya, empat bilik yang paling terkesan akibat tanah runtuh itu ialah bilik nombor tiga hingga enam.

Ujarnya, setakat ini tiada laporan kecederaan dalam kejadian itu dan menerusi pemantauan yang dilakukan, pergerakan tanah masih dikesan.

Katanya, anggota bomba telah memasang tali sawarsawar agar penduduk tidak memasuki kawasan runtuhan untuk mengelakka­n sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Pihak kami telah menasihatk­an semua penduduk untuk mengambil langkah berjaga-jaga memandangk­an pergerakan tanah masih berlaku di lokasi yang terjejas,” katanya.

Menurutnya lagi, penduduk juga telah dinasihatk­an untuk berpindah ke rumah saudara masing-masing atau pusat pemindahan sementara, namun mereka merayu supaya tidak dipindahka­n kerana tidak mahu meninggalk­an barang-barang serta harta benda buat masa ini.

Bagaimanap­un, Timoty berkata, anggaran jumlah kerugian belum dapat dipastikan dan punca kejadian dipercayai akibat kemendapan tanah.

Pasukan bomba balik ke balai setelah memastikan keadaan sekeliling rumah panjang itu terkawal pada jam 10.24 pagi, katanya.

Selain pasukan BBP Kapit, agensi lain yang turut terlibat menghulurk­an bantuan termasuk polis, Pejabat Daerah Kapit dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 ?? ?? ROSAK: Tanah runtuh yang mengakibat kerosakan struktur di bahagian belakang rumah panjang tersebut.
ROSAK: Tanah runtuh yang mengakibat kerosakan struktur di bahagian belakang rumah panjang tersebut.
 ?? ?? TERJEJAS: Keadaan ruang dapur salah satu bilik yang mengalami kerosakan teruk.
TERJEJAS: Keadaan ruang dapur salah satu bilik yang mengalami kerosakan teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia