Utusan Borneo (Sarawak)

Jejambat Lapangan Terbang Miri dibuka 20 Jun

Selesai masalah kesesakan lalu lintas belenggu pengguna khasnya dari Taman Tunku ke Kuala Baram

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Jejambat Lapangan Terbang Miri, Pakej Kontrak Kerja (WPC) 11 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) akan dibuka kepada orang awam bermula jam 12 tengah malam 20 Jun ini.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, je jambat sepanjang 850 meter itu akan menyelesai­kan masalah kesesakan lalu lintas yang membelengg­u pengguna khususnya dari Taman Tunku ke Kuala Baram.

“Terima kasih saya ucapkan kepada pasukan LPB zon utara dan kontraktor yang bertungkus-lumus menyiapkan projek ini sebelum penghujung bulan.

“Dengan pembukaan jejambat ini, saya berharap ia

“Dengan pembukaan jejambat ini, saya berharap ia dapat mengurangk­an masalah kesesakan secara signifikan terutama pada waktu puncak.

Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

dapat mengurangk­an masalah kesesakan secara signifikan terutama pada waktu puncak,” katanya kepada media semasa meninjau kerja-kerja akhir di Jejambat Lapangan Terbang Miri, semalam.

Hadir sama Pengurus Pejabat Zon Utara, Unit Lebuhraya Pan Borneo (PBHU), Jabatan Kerja

Raya (JKR) Sarawak Ir Siaw Ming Chian.

Lee berkata, Jejambat Lapangan Terbang Miri merupakan salah satu jejambat atau ‘interchang­e’ daripada jajaran seksyen di bawah WPC11, selain Sungai

Tangap dan Jejambat Pujut.

Lee menambah, dengan siapnya jejambat ini, kontraktor akan meneruskan projek pembinaan di Pujut Corner dan Jambatan Berkembar Sungai Miri di Padang Kerbau Interchang­e.

“Seksyen Padang Kerbau Interchang­e dijangka siap pada Julai tahun ini. Dengan siapnya ‘interchang­e’ ini, ia akan membantu mengurangk­an kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak,” kata Lee.

 ?? ?? KEMUDAHAN: Lee meninjau Jejambat Lapangan Terbang Miri sebelum ia dibuka kepada orang awam pada 20 Jun ini.
KEMUDAHAN: Lee meninjau Jejambat Lapangan Terbang Miri sebelum ia dibuka kepada orang awam pada 20 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia