Utusan Borneo (Sarawak)

NGO di Daro harus berperanan santuni masyarakat: Safiee

-

Setiap badan bukan kerajaan (NGO) di Daro harus memainkan peranan masing-masing dalam menyantuni masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata badan itu harus fokus terhadap matlamat utama mereka.

“Saya sarankan buat program atau aktiviti yang memberi kesan dan impak terhadap masyarakat setempat,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Cek Geran Projek Kecil

Luar Bandar (MRP) ADUN Daro di Pejabat Daerah Daro di sini, baru-baru ini.

Safiee berkata, sesuatu matlamat dalam sesebuah persatuan amat penting untuk dicapai menerusi aktiviti atau sesuatu program.

Justeru katanya, hubungan erat sesama ahli juga amat perlu dijaga untuk menjamin matlamat keseluruha­n bagi persatuan terbabit.

“Selain itu, kolaborati­f antara agensi-agensi kerajaan, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung

(JKKK) juga perlu dieratkan.

“Ini bakal memudahkan serta memberi impak besar sehingga ke akar umbi,” jelasnya.

Majlis tersebut menyaksika­n penyerahan MRP berjumlah RM104,000 kepada lapan NGO, empat tabika dan tujuh persatuan ibu bapa dan guru di DUN Daro.

Turut hadir Timbalan Pegawai Daerah Daro Madzihi Musa dan Ketua Masyarakat Daro Penghulu Jebli Ngok.

 ?? ?? GUNA SEBAIKNYA: Safiee (lima, kiri) bersama semua penerima MRP pada majlis tersebut di Daro.
GUNA SEBAIKNYA: Safiee (lima, kiri) bersama semua penerima MRP pada majlis tersebut di Daro.
 ?? ?? BANTU:
Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin membantu mengagihka­n air bersih kepada penduduk di kawasan skim penempatan semula Tudan Desaras, antara kawasan yang terjejas dan terputus bekalan air sejak 16 Jun lalu, selepas paip utama yang menyalurka­n air kepada penduduk di utara Miri bocor. Beliau turut membahagik­an kakitangan dari Pusat Khidmat DUN N.75 Senadin untuk pergi ke kawasan berbeza di Senadin bagi memastikan golongan kurang upaya turut mendapatka­n bantuan air bersih.
BANTU: Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin membantu mengagihka­n air bersih kepada penduduk di kawasan skim penempatan semula Tudan Desaras, antara kawasan yang terjejas dan terputus bekalan air sejak 16 Jun lalu, selepas paip utama yang menyalurka­n air kepada penduduk di utara Miri bocor. Beliau turut membahagik­an kakitangan dari Pusat Khidmat DUN N.75 Senadin untuk pergi ke kawasan berbeza di Senadin bagi memastikan golongan kurang upaya turut mendapatka­n bantuan air bersih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia