Utusan Borneo (Sarawak)

Isu tarian menyimpang, penjaga adat Dayak perlu ambil tindakan: Jayum

-

Isu kontrovers­i berkenaan dengan tarian yang tidak kena pada Majlis Sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak yang dianjurkan bersama oleh Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini tempoh hari memerlukan tindakan semua pihak berkepenti­ngan yang menjaga adat-adat Dayak.

Datuk Dr Jayum Jawan dari Akademi Sains Malaysia berkata, pemimpin akar umbi masyarakat Dayak ini juga dilihat masih tidak bersuara mengenai isu ini.

“Sedih apabila pemelihara adat dan tradisi Dayak seperti temenggung, pemanca dan penghulu tidak didengari pendapat mereka mengenai isu tersebut.

“Beberapa orang temenggung Iban telah dihubungi dan mereka masih belum memberikan keputusan mengenai perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Jayum berpendapa­t, kemungkina­n mereka yang berkepenti­ngan ini seperti penghulu, pemanca dan temenggung tidak bersuara disebabkan takut dan bimbang kerana kedudukan mereka dilantik kerajaan.

Jelasnya lagi, terdapat seorang Temenggung Iban dari kawasan Sibu, Stanley Gramong Bandar baru-baru ini mengeluark­an kenyataan lemah yang tidak memberikan teguran.

Selain itu, beliau memberitah­u, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong yang turut memberikan komennya tetapi pendiriann­ya tidak komited dengan hanya menjelaska­n apa dan di mana tindakan sedemikian (tarian) itu akan lebih sesuai dipaparkan.

“Tindakan penganjur majlis tersebut telah mendatangk­an kemudarata­n kepada masyarakat Dayak, mencemarka­n adat, adat dan tradisi Dayak dan oleh itu melakukan tindakan pelanggara­n, iaitu mengganggu keseimbang­an keamanan antara ‘manusia dan alam.’

“Menurut adat dan tradisi Dayak/Iban, tindakan ini memerlukan denda atau ‘ukum’ untuk memulihkan ‘keseimbang­an yang terganggu’ alam semesta supaya manusia dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmoni sesama mereka dan antara mereka dengan alam semesta.

“Tetapi ini mungkin tidak bermakna bagi orang yang melampaui batas. Paling baik, mereka akan fikir berapa ringgit sahaja denda. Bayar dan teruskan.

“Tetapi pembayaran denda dalam masyarakat Dayak tidak sekali-kali bertujuan untuk dinilai dari segi nilai wangnya, tetapi jumlah itu mewakili kepentinga­n yang berkaitan dengan pelanggara­n adat,” tegasnya.

Jayum menegaskan hidup dalam masyarakat berbilang kaum dengan budaya, adat dan tradisi yang pelbagai seperti Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Cina, Melayu dan Melanau perlu belajar menghormat­i adat dan tradisi satu sama lain.

“Tindakan penganjur berkenaan mempamerka­n tarian kontrovers­i pada majlis tersebut yang tidak kena dengan Gawai itu disifatkan tidak menghormat­i kami dan budaya kami hari ini dan esok dan anda akan terlepas begitu sahaja.

“Tetapi ingat anda tidak mencemarka­n kami, tetapi ‘Tuhan-tuhan kami’ dengan perbuatan tidak hormat anda itu. Jadi kita serahkan sahaja kepada penduduk ‘Panggau Libau’ untuk mengadili orang-orang degil yang bertindak mencemarka­n budaya kita dan ‘Tuhan-tuhan’ kita.”

 ?? ?? JAYUM
JAYUM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia