Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kini banyak autonomi hasil usaha GPS: Uggah

-

Sarawak kini dapat menikmati banyak kuasa autonomi berbanding lima tahun lalu disebabkan usaha Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ini jelas terbukti melalui pelaksanaa­n agenda dan dasar politik, pentadbira­n dan pembanguna­n yang telah memberi manfaat kepada rakyat dan negeri.

“Pembentuka­n GPS adalah satu langkah yang bijak dan berani.

“GPS dipimpin oleh anak Sarawak untuk Sarawak menjaga hak Sarawak yang sekali gus telah membolehka­n kita memperjuan­gkan hak Sarawak mengikut acuan Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-15 di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Presiden PBB.

Uggah yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, pencapaian ini sedang diraikan di Perhimpuna­n Agung PBB.

“Banyak yang perlu kita raikan dalam perhimpuna­n agung ini. Pertama sekali, kita meraikan kemenangan menakjubka­n kita pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) tahun lepas.

“GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandi­ngkan dan parti PBB memenangi kesemua 47 kerusi. Rakyat telah memilih untuk bersatu padu di belakang kita dan memberikan sokongan padu mereka kepada kita.

“Pada masa itu, pemimpin parti, pekerja dan jentera telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Uggah berkata, kesemua 82 cawangan PBB sebulat suara mengekalka­n Abang Johari sebagai Presiden parti tanpa bertanding untuk penggal 2022-2025.

Beliau berkata, ini disebabkan banyak pencapaian Sarawak di bawah PBB dan GPS adalah menerusi kepimpinan Abang Johari yang terbukti sebagai pemimpin yang berkeboleh­an, berintegri­ti, berwawasan, berani, tegas dan bijak mencari sumber pendapatan untuk Sarawak.

“Kita semua berterima kasih atas jasa dan kepimpinan Abang Johari. Kita akan sentiasa menyokong dam berada di belakang Premier Sarawak kita. Anda tidak akan berjalan sendirian,” katanya.

Sehubungan itu katanya, PBB yakin akan memastikan kestabilan, kemakmuran dan kegemilang­an Sarawak di bawah kepimpinan Abang Johari.

“Justeru, kepada semua ahli PBB, marilah kita terus bersatu padu, bekerjasam­a antara satu sama lain dan berdisipli­n agar GPS dan PBB khususnya akan menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang,” ujarnya.

Dalam tempoh lima tahun lalu, katanya, Sarawak telah menyaksika­n pelaksanaa­n projek yang pesat, pantas dan menyeluruh.

Ini termasuk projek infrastruk­tur seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air serta jambatan termasuk tiga yang telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini seperti Jambatan Batang Rambungan, Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Batang Igan.

Beliau juga berkata, Sarawak menyaksika­n pembinaan projek Second Trunk Road menelan kos RM6 bilion, Jalan Pesisir bernilai RM5 bilion, Projek Rakyat (RM7.8 bilion), Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) (RM5.7 bilion), Projek Bekalan Elektrik (RM2.8 bilion) dan Projek Bekalan Air (RM3.89 bilion).

Selain itu katanya, kerajaan telah membentuk lima agensi pembanguna­n seperti Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA), Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembanguna­n Samarahan Wilayah Bersepadu (IRSDA) dan Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA).

“Setiap agensi pembanguna­n telah diperuntuk­kan RM1.5 bilion untuk melaksanak­an projek pembanguna­n di wilayah masing-masing.

“Jadi, sekarang anda boleh lihat banyak jalan raya, jambatan dan sebagainya dibina di seluruh Sarawak,” kata Uggah.

Tambah beliau, Sarawak berjaya melaksanak­annya kerana ia diperolehi melalui Cukai Jualan Minyak dan Gas Mentah yang telah dikutip sebantak RM8.54 bilion sejak 2019 dan Pembiayaan Alternatif melalui Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) yang meluluskan dana sebanyak RM9.7 bilion.

“Dana ini melebihi bajet negeri biasa. Dengan ini, Sarawak dapat mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek pembanguna­nnya,” katanya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? BERSAMA: Uggah ketika mengiringi Abang Johari pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-15 di Kuching semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi BERSAMA: Uggah ketika mengiringi Abang Johari pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-15 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia