Utusan Borneo (Sarawak)

PBB sedia masa depan cerah untuk belia Sarawak

-

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyediaka­n masa depan yang cerah untuk golongan belia di negeri ini.

Presidenny­a Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, cadangan penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat oleh kerajaan Sarawak adalah untuk golongan berkenaan.

“Kita (PBB) mengalu-alukan sayap belia 1828 (belia yang berumur 18 hingga 28 tahun) dan PBB memang berkehenda­kkan mereka.

“Kita tubuhkan Dana Kekayaan Berdaulat untuk golongan belia ini termasuk kepada mereka yang belum lagi lahir.

“Ini adalah untuk masa depan mereka dan biarlah kita bekerja hari ini. Itulah sebab kita tidak takut bila parlimen meluluskan Undi 18 , kita tahu golongan belia berusia 18 tahun bersama kita kerana kita prihatin terhadap mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, semalam.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Premier Sarawak yakin Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyapu bersih 31 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita (PBB) telah sapu 47 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Justeru, jangan terlalu sombong dengan kemenangan ini tapi terus kerja kuat dan merendah diri.

“Saya yakin jika kita bekerjasam­a dan bersatu, kita dapat menyapu semua kerusi dalam PRU yang akan datang,” katanya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? AMANAT: Abang Johari ketika menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi AMANAT: Abang Johari ketika menyampaik­an ucapan pada majlis perasmian Perhimpuna­n Agung PBB Ke-15 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia