Utusan Borneo (Sarawak)

Krisis air: Pusat bandar raya Miri, hotel jadi tumpuan

-

Kawasan pusat bandar raya yang masih memiliki bekalan air paip menjadi tumpuan penduduk khasnya dari kawasan utara Miri iaitu Permyjaya dan Senadin yang terputus bekalan air sejak Khamis lalu.

Bermula malam kelmarin, kenderaan berbaris panjang di Laluan Bypass dari Permyjaya ke pusat bandar raya.

Laluan tersebut kembali sesak pada sebelah pagi dan tengah hari semalam.

Berdasarka­n tinjauan, restoran di pusat beli-belah dan pusat komersial menjadi tumpuan kunjungan penduduk.

Selain kedai makan, penduduk turut memilih menginap di hotel di pusat bandar raya.

Ia sebagai memberi keselesaan kepada ahli keluarga khasnya warga emas dan kanak-kanak daripada berdepan krisis air yang dijangka berlanjuta­n sehingga hari ini.

Penduduk berharap agar kerja-kerja pembaikan paip utama LAKU di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu siap segera untuk membolehka­n bekalan air kembali pulih seperti biasa.

 ?? ?? DEMI AIR: Kenderaan berbaris panjang di Laluan Bypass dari Permyjaya ke pusat bandar raya Miri.
DEMI AIR: Kenderaan berbaris panjang di Laluan Bypass dari Permyjaya ke pusat bandar raya Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia