Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih ramai ibu bapa pelajar Bumiputera digalak jadi AJK PIBG SMK Methodist

-

SIBU: Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Methodist Ting Wei Ping menggalakk­an lebih ramai ibu bapa dari kalangan pelajar Bumiputera menjadi ahli jawatankua­sa bagi menangani isu tertentu yang dihadapi pelajar sekolah tersebut.

Berucap pada mesyuarat agung tahunan (AGM) di dewan sekolah semalam, beliau berkata, pada masa ini kebanyakan ahli jawatankua­sa terdiri daripada ibu bapa pelajar kaum Cina.

Beliau berkata, mungkin ada isu tertentu yang mungkin terlepas pandang jawatankua­sa itu sekiranya tiada perwakilan ibu bapa dari pelajar Bumiputera.

“Kita memerlukan seberapa banyak maklum balas daripada anda untuk memastikan persatuan dapat berfungsi dengan cekap. Anda juga akan tahu dari mana dana itu datang dan bagaimana dana itu dibelanjak­an,” ujarnya.

Ting berkata, terdapat ibu bapa pelajar yang mempersoal­kan bagaimana dana itu dibelanjak­an dan memberi jaminan bahawa wang yang diterima daripada ibu bapa dan penaja dibelanjak­an untuk guru, sekolah dan pelajar.

Beliau menggesa semua guru, pelajar dan ibu bapa bekerjasam­a untuk memastikan sekolah itu dapat menunjukka­n prestasi terbaik dan terus menjadi antara sekolah terbaik di Sibu dan Sarawak.

Sementara itu, menjawab soalan salah seorang ibu bapa, Ting berkata, jawatankua­sa itu akan mengkaji untuk menangani isu buli serta hubungan pelajar lelaki dan perempuan.

Di samping itu, Ting juga menggesa ibu bapa yang memohon dana daripada Jabatan Kebajikan Mayarakat (JKM) supaya menghantar salinan kepada PIBG atau pihak sekolah bagi membantu permohonan itu.

“Buat salinan dan serahkan kepada saya atau sekolah kerana apabila anda memohon, borang itu mungkin hilang entah ke mana. Saya boleh membantu dalam permohonan anda sebagai kapasiti pengerusi,” katanya.

Beliau juga berkata, PIBG akan cuba menganjurk­an beberapa acara pada tahun ini bagi mengumpul dana.

Sementara itu, Pengetua sekolah Philip Ling berkata, sekolah itu akan membina tandas baharu bertaraf lima bintang dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.

Projek tandas dibiayai oleh Lembaga Pengurusan sekolah.

Hadir sama ialah Setiausaha PIBG Soon Wei Chin dan Bendahari Lee Suk Wee.

 ?? ?? MESYUARAT: (Dari kiri) Ling, Ting, Soon dan Lee ketika mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Methodist di dewan sekolah semalam.
MESYUARAT: (Dari kiri) Ling, Ting, Soon dan Lee ketika mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan PIBG SMK Methodist di dewan sekolah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia