Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi Kolam Renang Sarikei ditutup seminggu untuk penyelengg­araan

-

SARIKEI: Operasi Kolam Renang Sarikei ditutup selama seminggu bermula semalam bagi membolehka­n pihak pengurusan kolam terbabit menjalanka­n beberapa kerja penyelengg­araan dan pembersiha­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, sejurus menerima aduan awam, pihaknya bergegas mengadakan lawatan ke Kolam Renang Sarikei dan mengadakan perjumpaan dengan pihak pengurusan kemudahan itu.

“Hasil pertemuan ini, kita dimaklumka­n bahawa Kolam Renang Sarikei akan ditutup sementara bagi membolehka­n pihak pengurusan melakukan kerja-kerja pembersiha­n dan penyelenga­raan untuk kesihatan awam pengunjung.

“Berdasarka­n pemantauan oleh pihak pengurusan, dapati kolam renang ini perlu dibersihka­n bagi memastikan kualiti kesihatan para pengguna.

“Kerja-kerja tersebut dijangka dapat disiapkan dalam tempoh seminggu,” kata Huang kepada media kelmarin.

Huang berkata, tempoh itu turut memberi ruang kepada pihak pengurusan Kolam Renang Sarikei untuk melakukan kerja-kerja penyelengg­araan terhadap beberapa kemudahan di lokasi berkenaan.

“Kita ingin memohon maaf kepada para pengguna yang memerlukan kemudahan ini dan berharap pihak pengurusan dapat mempercepa­tkan kerja-kerja penyelengg­araan.

“Kita berharap masyarakat dapat bersabar dan memberi ruang kepada pihak pengurusan kolam renang ini untuk memantapka­n lagi kemudahan demi untuk kebaikan bersama.

“Sekiranya kerja-kerja penyelengg­aran ini dapat disiapkan lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan ataupun berlanjuta­n, kita akan maklumkan kepada orang awam dalam masa terdekat,” jelas Huang.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Majlis Daerah Sarikei (MDS) Wong Zee Ying dan pegawai dari Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan pihak pengurusan Kolam Renang Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia