Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan pengunjung banjiri malam pertama RWMF 2022

-

KUCHING: Pentas utama Kampung Budaya Sarawak (SCV) pada malam pertama Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 malam kelmarin dibanjiri ribuan pengunjung yang menyaksika­n persembaha­n konsert festival tersebut.

Keadaan cuaca yang baik pada sebelah malam serta persembaha­n konsert yang rancak ternyata memberi kepuasan kepada pengunjung festival.

Lebih istimewa, konsert itu turut dihadiri oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Seni Persembaha­n Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah sekitar jam 8.10 malam.

Persembaha­n dimulakan dengan acara ‘miring’ dan diikuti pelbagai persembaha­n daripada artis antarabang­sa dan tempatan.

Acara ‘miring’ disusuli persembaha­n daripada Joy Ayala dari Filipina, Trad Attack (Estonia) dan Phuong Bao (Vietnam).

Selain itu, turut membuat persembaha­n ialah Jurij Fedynskyj dari Ukraine, Blue Canyon Boys (USA), Abigail Washburn (USA), Kilema (Madagascar) dan banyak lagi.

Pada masa sama, artis tempatan yang tampil membuat persembaha­n ialah Master Sape Mathew Ngau Jau, Jerry Kamit & Friends, Ezra Tekola, Alena Murang serta gadis cilik berusia 11 tahun, Nikita Sarna.

Persembaha­n konsert malam pertama RWMF 2022 diakhiri dengan persembaha­n daripada Sarawak iaitu ‘Chinese 24 Drum,’ ‘Yi Sing Opera Troupe’ dan Madih.

Selain persembaha­n konsert pada sebelah malam, RWMF 2022 turut dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti menarik pada sebelah siang seperti bengkel mini muzik, pameran budaya serta jualan kraf dan makanan.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? MENGHIBURK­AN: Sekitar konsert malam pertama RWMF 2022 malam kelmarin yang menggamit ribuan pengunjung.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi MENGHIBURK­AN: Sekitar konsert malam pertama RWMF 2022 malam kelmarin yang menggamit ribuan pengunjung.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? BERTENAGA: Persembaha­n salah satu artis pada konsert malam pertama RWMF 2022, malam kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi BERTENAGA: Persembaha­n salah satu artis pada konsert malam pertama RWMF 2022, malam kelmarin.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? TERSOHOR: Jerry Kamit & Friends turut membuat persembaha­n pada konsert malam pertama RWMF 2022, malam kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi TERSOHOR: Jerry Kamit & Friends turut membuat persembaha­n pada konsert malam pertama RWMF 2022, malam kelmarin.
 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PEMINAT CILIK: Kanak-kanak antara ribuan pengunjung yang menyaksika­n konsert malam pertama RWMF 2022, malam kelmarin.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PEMINAT CILIK: Kanak-kanak antara ribuan pengunjung yang menyaksika­n konsert malam pertama RWMF 2022, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia