Utusan Borneo (Sarawak)

Krisis air berlanjuta­n membimbang­kan warga Miri

-

Krisis air di Miri yang dijangka berlanjuta­n sehingga hari ini bukan sahaja membimbang­kan warga Miri, malah terdapat beberapa pasar raya turut mencatu pembelian air minuman.

Bagi suri rumah, Mitchell Nawie, 30-an, pencatuan pembelian itu secara tidak langsung memberi kesan kepadanya memandangk­an mempunyai anak kecil di rumah selain perlu memasak dan mencuci.

“Tiada pilihan selain terpaksa akur hanya dapat membeli dua kotak sahaja, sebab kebanyakan kedai runcit dan pasar raya lain kehabisan stok air mineral.

“Yang adapun pasar raya terpaksa mencatu pembelian kepada pelanggan untuk berlaku adil. Saya difahamkan hanya 50 pelanggan sahaja dapat membeli memandangk­an terdapat 100 kotak air minuman sahaja ada,” katanya ditemui dalam tinjauan Utusan Borneo ke salah sebuah pasar raya besar di sini semalam.

Selain Mitchell, salah seorang lagi pelanggan enggan namanya disiarkan memberitah­u beliau mula mencari stok air minuman dari petang Jumaat dan hanya berjaya berbaris di pasar raya semalam untuk mendapatka­n stok air minuman.

“Stok di rumah hampir kehabisan memandangk­an keluarga saya ramai dan terpaksa menggunaka­n air minuman memberus gigi dan mencuci muka. Hanya itu sahaja pilihan ada. Nak tak nak terpaksa menggunaka­n air minuman.

“Nak marahpun tidak boleh sebab terpaksa memikirkan orang lain yang turut mencari air minuman, jadi terpaksa membeli dicatu, itupun nasib saya sempat,” katanya yang tinggal di Kuala Baram dan mengambil masa kirakira 30 minit perjalanan ke pusat bandar raya Miri bagi mendapatka­n bekalan air minuman.

Sementara itu, tatkala sebahagian besar masyarakat Miri kebinggung­an ketiadaan air, masih ada masyarakat yang turut prihatin kepada mereka yang memerlukan bekalan air bersih.

Roger Melice, 40-an, yang tinggal di kawasan tidak terjejas dengan krisis air, bermurah hati menerima saudara mara dan rakannya yang memerlukan bekalan air bersih untuk mengambil keperluan air di kediamanny­a.

“Saya faham keadaan mereka, jadi saya mengalualu­kan saudara mara, rakan termasuk rakan sekerja ingin menumpang mandi atau mendapatka­n bekalan air bersih.

“Ini adalah sebahagian usaha saya membantu mereka. Hari ini hari mereka, mana tahu nanti saya pula memerlukan bantuan daripada mereka,” jelasnya.

Roger berkata, beliau mula menerima kedatangan ahli keluarga, saudara mara dan rakan sejak petang Khamis lalu apabila bermula krisis air kali kedua di Miri hingga semalam.

Menurutnya, beliau turut memberikan bantuan sama ketika krisis air pertama berlaku pada 9 Jun lalu.

Manakala Lionel Lineker Barat, 30-an, turut mendapatka­n bantuan bekalan air di rumah rakan dan saudaranya berterima kasih atas keprihatin­an itu.

Katanya, beliau menghargai pelawaan rakan dan saudaranya itu mendapatka­n bekalan air bersih memandangk­an beliau mempunyai anak kecil dan orang tua di rumah.

Krisis air di Miri dijangka berlanjuta­n sehingga Ahad ini berikutan masih berdepan masalah penyambung­an paip utama di Batu 7, Jalan MiriBintul­u.

Paip berjaya disambung petang Jumaat selepas tercabut penyambung­annya pada dinihari Khamis lalu bagaimanap­un ‘terkehel’ sekali gus menghampak­an usaha menyalurka­n bekalan air kepada pengguna.

Kerja-kerja penyambung­an terpaksa dilakukan semula memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua hari untuk dilaksanak­an.

 ?? ?? TERDESAK: Antara masyarakat Miri terdesak mendapatka­n bekalan air bersih di rumah saudara tidak terjejas dengan krisis air.
TERDESAK: Antara masyarakat Miri terdesak mendapatka­n bekalan air bersih di rumah saudara tidak terjejas dengan krisis air.
 ?? ?? BERBARIS: Pelanggan terpaksa berbaris mendapatka­n stok air minuman turut dicatu di salah sebuah pasar raya besar di Miri semalam.
BERBARIS: Pelanggan terpaksa berbaris mendapatka­n stok air minuman turut dicatu di salah sebuah pasar raya besar di Miri semalam.
 ?? ?? KEPERLUAN: Lionel mengisi air bersih dalam gelen kosong di rumah saudaranya di Fabulous Garden, Jalan Airport Miri terletak kira-kira 35 minit perjalanan dari Lutong.
KEPERLUAN: Lionel mengisi air bersih dalam gelen kosong di rumah saudaranya di Fabulous Garden, Jalan Airport Miri terletak kira-kira 35 minit perjalanan dari Lutong.
 ?? ?? PRIHATIN: Roger membantu mengisi air bersih bagi kegunaan rakannya.
PRIHATIN: Roger membantu mengisi air bersih bagi kegunaan rakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia