Utusan Borneo (Sarawak)

Atasi masalah bekalan air Batu 25 Jalan Bintulu-Miri ke Simpang Bakun

-

BINTULU: Setiausaha Publisiti Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Bintulu, Chiew Chan Yew memohon pihak berwajib menyelesai­kan masalah ketiadaan bekalan air paip bersih melanda penduduk sekitar Batu 25 Jalan BintuluMir­i sehingga ke Simpang Bakun di sini.

Beliau berkata, masalah berlanjuta­n sejak 10 tahun lalu itu seakan-akan tiada penyelesai­an dan terus membebanka­n penduduk rumah panjang di kawasan terbabit meskipun ia merupakan kawasan tidak jauh dari bandar Bintulu.

“Dalam kunjungan Gawai Dayak ke kawasan terbabit, saya mendapati rata-rata penduduk mengeluh dengan mengatakan penduduk rumah panjang masih bergantung kepada air hujan dan air kolam bagi menampung keperluan harian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, terdapat juga rumah panjang sudah dipasang batang paip sejak enam tahun lalu, namun masih belum disambungk­an bekalan air sampai sekarang.

“Justeru, saya mewakili penduduk rumah panjang inginkan penjelasan daripada kerajaan berhubung isu ketiadaan air berlanjuta­n sejak sekian lama ini kerana melibatkan kesihatan penduduk dahagakan keperluan asas baik seperti bekalan air bersih ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Chiew mendengar rungutan penduduk rumah panjang bahawa mereka terpaksa membeli air bersih dari pasar bagi menampung keperluan harian terutama untuk minum dan memasak.

Menurut beliau, ia membebanka­n penduduk kerana bekalan air minuman diperolehi dari pasar agak mahal.

“Justeru, saya menggesa pihak berwajib menyelesai­kan krisis bekalan air bersih di kawasan terjejas kerana menjadi satu keperluan terdesak penduduk terbabit,” katanya.

 ?? ?? TIADA AIR: Chiew menunjukka­n batang paip sudah lama dipasang namun tiada bekalan air sampai sekarang.
TIADA AIR: Chiew menunjukka­n batang paip sudah lama dipasang namun tiada bekalan air sampai sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia