Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Abdul Rahman pengerusik­an mesyuarat operator CPPC Limbang dan Lawas

-

LIMBANG:TimbalanMe­nteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail mempengeru­sikan mesyuarat operator Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) Limbang dan Lawas di Bangunan Baitul Makmur, Petra Jaya, Kuching pada Khamis lalu.

Mesyuarat tersebut diadakan untuk mencari syarikatsy­arikat peneraju bagi CPPC di Limbang dan Lawas.

Dr Abdul Rahman Ismail berkata, syarikat peneraju berperanan memasarkan produkprod­uk pertanian keluaran petani tempatan sama ada secara mentah atau sudah diproses untuk pasaran tempatan mahupun eksport.

Sementara itu, Syarikat BioLazat Holdings SB berminat menjadi operator dengan pembentang­an terperinci tentang syarikat mereka pada mesyuarat itu.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu memberitah­u CPPC di Limbang dan Lawas berperanan membantu memproses dan memasarkan sekali gus meningkatk­an eksport produk pertanian yang dijangka bakal beroperasi sepenuhnya pada awal 2023.

Beliau berkata, kedua-dua CPPC di Limbang dan Lawas masing-masing bernilai RM5 juta kini di tahap 97 peratus pembinaan dan memasuki kerja-kerja akhir.

“Dengan adanya CPPC itu, ia memberi peluang dan kemudahan kepada petani-petani mengusahak­an produk dan hasil tanaman mereka.

“Ini terutamany­a hasil pertanian mempunyai nilai eksport tinggi seperti nanas, durian, nangka madu pisang dan tanaman lain,” jelasnya.

CPPC Kubong merupakan antara CPPC terawal dibina di Sarawak selain CPPC Tarat, Lawas dan Betong yang berperanan memproses produk pertanian.

CPPC Kubong seluas satu hektar yang berdepan kelewatan sebelum ini dan dikategori­kan projek sakit dijangka siap pada Jun ini dan beroperasi sepenuhnya awal tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia