Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif bantu vendor tempatan bangkit menerusi karnival PMW

‘House of Joy’ 1-3 Julai sedia platform percuma kepada 50 vendor

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Dalam usaha membantu pemain industri tempatan untuk bangkit semula selepas melalui fasa pandemik COVID-19 sejak dua tahun yang lalu, Pullman Miri Waterfront (PMW) bakal mengadakan karnival ‘House of Joy’ pada 1 hingga 3 Julai depan.

Pengurus Besarnya Alan Tham berkata, pihaknya menyediaka­n platform perniagaan percuma kepada 50 vendor yang akan menyertai karnival selama tiga hari itu.

“Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR), PMW menyediaka­n platform ini kepada vendor komuniti tempatan untuk beralih menuju ke fasa endemik.

“Untuk karnival kali ini, kami tidak mengenakan sebarang bayaran sewaan kepada semua vendor kerana kami mahu pemain industri bangkit semula dan menunjukka­n produk serta servis yang mereka tawarkan kepada pengunjung.

“Sebenarnya, di Miri kita ada banyak perniagaan tempatan ataupun perusahaan kecil dan sederhana (PKS), namun tiada yang tahu apa perkhidmat­an mereka tawarkan.

“Oleh itu, ini merupakan platform terbaik kepada semua vendor untuk mempromosi perniagaan masingmasi­ng kepada komuniti,”

“Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungja­wab sosial korporat (CSR), PMW menyediaka­n platform ini kepada vendor komuniti tempatan untuk beralih ” menuju ke fasa endemik.

Alan Tham Pengurus Besar PMW

katanya pada sidang media mengenai penganjura­n karnival tersebut di sini.

Alan berkata, karnival itu bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua golongan masyarakat dari kanak-kanak hingga ke orang dewasa.

“Kami menyediaka­n ruang pameran, pertanding­an mewarna, pasar artisan tempatan, pameran daripada pihak korporat dan kerajaan, pameran perkahwina­n, aktiviti kesihatan dan kecergasan, pertanding­an Miss Vibrant Malaysia 2022 dan banyak lagi.

“Bahagian yang menarik ialah kami akan merasmikan ‘wall climbing’ pertama di Miri,” ujarnya.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dijangka merasmikan karnival tersebut pada jam 2 petang, 1 Julai.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Penolong Pengurus Eksekutif PMW Andy Pian, wakil dari Speed Miri Yong Kai dan Pemilik Aldrin’s Artistry Aldrin Grame.

 ?? ?? JAYAKAN BERSAMA: Alan (empat kiri) bersama pengurusan kanan PMW dan wakil vendor pada sidang media memperkena­lkan karnival ‘House of Joy’ di hotel tersebut.
JAYAKAN BERSAMA: Alan (empat kiri) bersama pengurusan kanan PMW dan wakil vendor pada sidang media memperkena­lkan karnival ‘House of Joy’ di hotel tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia