Utusan Borneo (Sarawak)

150 penduduk Rh Aging sertai program kesedaran alam sekitar

-

Seramai 150 penduduk Rumah Aging, Long Da’ah menghadiri Program Kesedaran Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu di rumah panjang tersebut, baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bintulu dan Syarikat McGood Agro Solution itu bertujuan memperkena­l komuniti setempat kepada konsep pengurusan sisa-sisa pepejal domestik melalui konsep pengkompos­an serta kaedah pertanian secara bersepadu.

Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar (NREB) Bintulu Sinanawati Marto berkata, program itu diyakini dapat memupuk tanggungja­wab dalam kalangan masyarakat bagi mengambil bahagian dalam usaha berterusan menjaga kebersihan alam sekitar.

“Bagi tujuan itu, NREB turut memberi panduan serta tunjuk ajar kepada peserta tentang bagaimana mengurus sisa dapur dijadikan baja kompos,” katanya berucap pada majis penutupan program tersebut.

Menurutnya, kompos kaya khasiat nutrient dan boleh digunakan sebagai baja organik dalam kaedah pertanian bersepadu.

Sinanawati berkata, dengan itu kebergantu­ngan terhadap baja kimia dapat dikurangka­n, sekali gus mengurangk­an pencemaran alam sekitar.

“Melalui pendedahan membuat baja kompos serta aplikasi bercucuk tanam dengan menggunaka­n kaedah penternaka­n bersepadu dalam kalangan komuniti setempat menjadikan program ini sebagai projek perintis di kawasan Long Da’ah.

“Komuniti Long Da’ah dapat meneruskan usaha menangani cabaran pengurusan sisa dapur agar menjadi sumber asas pertanian berguna sekali gus menjadi projek perintis dan contoh terbaik kepada komuniti setempat lain,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Kawalan Alam Sekitar Anthony Malang, Maren Uma Rumah Aging Long Da’ah Leslie Luyoh Akah, Pemanca Unek Akah, Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Abdul Mazli Abdul Malik, Timbalan Dekan Fakulti Sains Perhutanan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) Profesor Dr Geoffery James Gerusu, Pegawai MARA Bintulu Mohammad John Kienal dan Konsultant serta Pemilik Syarikat McGood Agro Solution Make Jiwan.

 ?? ?? JAGA ALAM SEKITAR: Sinanawati (duduk, tiga kanan) merakamkan kenangan bersama peserta program tersebut.
JAGA ALAM SEKITAR: Sinanawati (duduk, tiga kanan) merakamkan kenangan bersama peserta program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia