Utusan Borneo (Sarawak)

Keluarga di Rh Ngadan dikejutkan dengan kejadian pokok tumbang

-

Sebuah keluarga dikejutkan dengan kejadian dua pohon pokok tumbang menghempap bahagian rumah mereka yang sedang dalam pembinaan di Rumah Ngadan, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu dekat sini, petang kelmarin.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.19 petang.

“Dua pohon pokok tersebut turut menghempap kabel elektrik mengakibat­kan bekalan elektrik ke rumah terbabit terputus, namun kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah kemudian bergegas ke lokasi kejadian jaraknya 21 kilometer dari balai selepas menerima panggilan kecemasan itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Beliau berkata, setibanya di lokasi anggota bertindak memotong dan mengalih pohon pokok tumbang ke kawasan lapang.

Sementara itu, menurutnya, BBP Batu Niah turut membantu mengalihka­n pokok tumbang di Jalan Kebun Tengah Batu Niah selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang.

“Setibanya di lokasi anggota mendapati pokok kelapa sawit tumbang melintangi jalan menuju ke rumah pengadu, namun tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba bertindak memotong dan mengalih pokok sawit itu ke bahu jalan,” jelasnya.

 ?? ?? TUMBANG: Pohon pokok tumbang menghempap bahagian rumah dalam pembinaan.
TUMBANG: Pohon pokok tumbang menghempap bahagian rumah dalam pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia