Utusan Borneo (Sarawak)

Lestarikan alam sekitar menerusi fesyen: Hatta Dolmat

-

fesyen Hatta Dolmat sekali lagi akan tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.

Hatta berkata sebagai persiapan bagi pementasan pertunjuka­n fesyen itu nanti, seramai tujuh finalis Miss Universe Malaysia 2022 turut bersama-sama menjayakan kempen melestarik­an alam sekitar membersihk­an pantai dengan mengutip sisa plastik di sekitar pantai Port Dickson menerusi program Ocean’Us Sustainabl­e Ecotourism Beach Clean Up 2022.

Beliau berkata program anjuran kali kedua bersama Ocean Hero Conservati­on itu bertujuan mendidik masyarakat mengenai kepentinga­n fesyen dalam melestarik­an alam sekitar bagi mengurangk­an pembuangan sisa plastik di kawasan pantai.

“Sebelum ini koleksi yang saya cipta lebih menyasarka­n golongan muda, tapi kali ini kita akan bawakan pembaharua­n yang lebih segar dan mesra semua peringkat umur terutamany­a golongan dewasa dan korporat.

“Hasil kutipan semalam (Khamis) kami dapat men

PEREKA

gumpul dan mengasingk­an sembilan guni bersaiz besar berisi 96 sisa botol plastik dan terdapat juga sisa lain seperti styrofoam, pelitup muka dan lain-lain. Anggaran 14 meter kain dapat dihasilkan daripada 96 botol plastik yang diperoleh,” katanya kepada Bernama di Port Dickson.

Beliau berkata sisa botol plastik yang dikumpulka­n pada program tersebut akan disusun, kemudian dipilih sebelum dihantar kepada KLOTH Cares untuk diproses menjadi fabrik.

Katanya, antara produk yang dapat dihasilkan adalah pakaian lengkap, beg, kasut, topi dan sebagainya.

“Bagi golongan korporat, saya akan menghasilk­an pakaian yang bersesuaia­n untuk mereka seperti blazer, kasut dan pelbagai lagi yang lebih ‘high fashion’ menggunaka­n fabrik kitar semula ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata inisiatif program seperti ini dapat merancakka­n ekonomi pelanconga­n negara kerana trend masyarakat kini yang lebih mementingk­an kebersihan alam sekitar.

“Malaysia terkenal dengan ekopelanco­ngan. Program kesedaran seperti ini penting kepada masyarakat agar sektor pelanconga­n negara dapat dipertingk­atkan,” katanya.

Iskandar Mirza berkata Tourism Malaysia sedang giat mempromosi­kan pakej pelanconga­n negara ini ke India dan negara-negara Asia Barat sebagai usaha meningkatk­an semula sektor itu.

“Ia selaras dengan sasaran dua juta pelancong asing yang dijangka melawat negara pada tahun ini. Kedatangan pelancong luar untuk bercuti ke negara ini juga semakin bertambah,” katanya. — Bernama

 ?? ?? HATTA
HATTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia