Utusan Borneo (Sarawak)

Transforma­si undang-undang seiring perubahan semasa

Kerajaan telah melaksanak­an transforma­si undang-undang secara signifikan demi kesejahter­aan Keluarga Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata transforma­si undang-undang perlu dilakukan segera kerana keadaan berubah dan undang-undang juga perlu bergerak mengikut keadaan semasa.

Berucap pada perasmian Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya kelmarin, beliau bekata penambahba­ikan turut akan menjamin kesejahter­aan Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata, kerajaan telah melaksanak­an transforma­si undang-undang secara signifikan dan beliau turut mengarahka­n Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri supaya mengkaji serta meneliti undang-undang sedia ada termasuk 147 undang-undang yang telah lapuk.

“Sebagai contoh, teknologi digital hari ini semakin pesat membangun. Dalam konteks ini, undang-undang yang sedia ada tidak relevan dengan ledakan teknologi digital bahkan agak terkebelak­ang dengan perubahan semasa.

“Akta sedia ada iaitu Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 misalnya hanya melibatkan

Kerajaan tidak menghapusk­an hukuman mati, tetapi bergantung kepada kuasa dan budi bicara hakim untuk menentukan sama ada pesalah tersebut dijatuhkan hukuman mati ” ataupun hukuman pilihan yang lain.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri

penguatkua­saan terhadap kegiatan judi di premis dan bukannya secara dalam talian,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan melaksanak­an beberapa langkah proaktif dalam memperkasa­kan undang-undang di negara ini, antaranya cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori.

“Ramai yang keliru tentang pemansuhan hukuman mati mandatori yang diumumkan baru-baru ini, seolah-olah hukuman mati telah dihapuskan.

“Kerajaan tidak menghapusk­an hukuman mati, tetapi bergantung kepada kuasa dan budi bicara hakim untuk menentukan sama ada pesalah tersebut dijatuhkan hukuman mati ataupun hukuman pilihan yang lain,” katanya.

Menurutnya, objektif itu perlu menjadi asas dan dasar kepada kerajaan serta pembuat dasar dalam hal berkaitan penghukuma­n suatu jenayah untuk mencari hukuman yang terbaik, setimpal dan berkesan.

Ismail Sabri berkata, tindakan melompat parti terutamany­a pasca Pilihan Raya Umum ke-14 telah merencatka­n proses demokrasi berperlemb­agaan di Malaysia.

Justeru, penyediaan Rang Undang-Undang Antilompat Parti oleh Jawatankua­sa Pilihan Khas kini di peringkat akhir dan bakal dibentangk­an di Parlimen Julai ini, katanya.

Selain itu, Rang UndangUnda­ng

Dana Sumbangan Politik pula bagi meningkatk­an ketelusan sumbangan politik dengan mengurangk­an risiko rasuah serta apaapa penyalahgu­naan kuasa yang berkaitan dengannya.

Sementara itu, beliau berkata dalam sistem Demokrasi Berparlime­n dan Raja Berperlemb­agaan, tiga institusi penting menjadi tiang seri iaitu badan legislatif, eksekutif dan kehakiman mempunyai peranan masing-masing.

Katanya, setiap dasar yang digubal kerajaan berpaksika­n roh dan semangat kebersamaa­n dengan mengambil kira kepentinga­n setiap agama, kaum dan seluruh Keluarga Malaysia.

Ismail Sabri berkata, undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dibahas dengan roh dan semangat yang sama oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat, justeru badan Kehakiman juga perlu mengambil roh dan semangat sama ketika membuat intepretas­i kepada undang-undang.

“Sebagai seorang yang berlatarbe­lakangkan undangunda­ng, saya sangat menghormat­i doktrin pengasinga­n kuasa dan kebebasan di setiap cabang.

“Saya memberi jaminan bahawa setiap badan terutamany­a badan Kehakiman begitu juga legislatif, kebebasan mereka akan terus dipelihara oleh kerajaan,” katanya.

Dalam memastikan Parlimen berfungsi dengan sempurna, beliau berkata kerajaan akan membantu institusi berkenaan membuat transforma­si termasuk memperkena­lkan semula Akta Perkhidmat­an Parlimen yang dimansuhka­n pada 1993.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kerajaan juga telah menubuhkan 16 Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen berbanding hanya lima sebelum ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELANCARKA­N: Ismail Sabri (tiga kanan) pada gimik pelancaran Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Mainum Tuan Mat (tiga kiri), Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-undang Universiti Malaya merangkap Pengerusi bersama Jawatankua­sa Penganjura­n Sambutan 50 Tahun Fakilti Undang-Undang Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (dua kanan).
— Gambar Bernama MELANCARKA­N: Ismail Sabri (tiga kanan) pada gimik pelancaran Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelmarin. Turut hadir, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Mainum Tuan Mat (tiga kiri), Presiden Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-undang Universiti Malaya merangkap Pengerusi bersama Jawatankua­sa Penganjura­n Sambutan 50 Tahun Fakilti Undang-Undang Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (dua kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMA KASIH: Ismail Sabri menerima cenderahat­i berupa potretnya ketika menuntut di Fakulti Undang-undang pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama TERIMA KASIH: Ismail Sabri menerima cenderahat­i berupa potretnya ketika menuntut di Fakulti Undang-undang pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia