Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan peruntuk RM1 juta khidmat guaman bantu Keluarga Malaysia tidak mampu: PM

-

Kerajaan kelmarin mengumumka­n peruntukan sebanyak RM1 juta bagi penubuhan Yayasan Tan Sri Ahmad Ibrahim yang menawarkan khidmat guaman kepada Keluarga Malaysia yang tidak berkemampu­an.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, yayasan yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Alumni Rumpun Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (PARFUM) itu dinamakan bersempena nama tokoh perundanga­n yang amat disegani selain menghargai jasa dan sumbangan tokoh berkenaan.

Beliau berkata, PARFUM sebelum ini berhasrat menubuhkan klinik bantuan guaman sebagai platform bekas mahasiswan­ya untuk berbakti melalui tawaran perkhidmat­an guaman secara percuma atau pro bono.

“Saya amat menyokong cadangan murni ini, kerana ia senada dengan misi saya dan kerajaan untuk sentiasa membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan bantuan guaman,” katanya dalam ucapan pada sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM) di sini, kelmarin.

Turut hadir Dekan Fakulti Undang-Undang UM Prof Madya Datuk Dr Johan Shamsuddin Sabaruddin; Presiden PARFUM Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Ismail Sabri turut mengumumka­n peruntukan RM500,000 sebagai dana permulaan untuk mewujudkan Tabung Kebajikan Keluarga Malaysia bagi membantu siswazah Fakulti Undang-Undang UM daripada keluarga B40.

Selain itu, bagi pembanguna­n semula ASEAN Legal Informatio­n Portal menerusi penjenamaa­n semula ASEAN Law Guide, Perdana Menteri juga mengumumka­n peruntukan RM500,000 bagi merealisas­ikan tujuan itu.

Mengulas sambutan istimewa 50 tahun fakulti itu, Ismail Sabri yang merupakan alumni Fakulti Undang-Undang UM meluahkan rasa bangga dengan pencapai fakulti itu yang menyaksika­n ramai mahasiswan­ya mencipta nama dalam sistem demokrasi dan menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Kejayaan alumni Fakulti Undang-Undang UM dapat dilihat dalam badan kehakiman, sektor perundanga­n, pentadbira­n negara, politik tanah air, badan korporat, pendidikan negara, institusi antarabang­sa dan lain-lain.

“Tiga institusi penting yang menjadi tiang seri kepada sistem demokrasi negara dipimpin alumni fakulti ini iaitu Badan Eksekutif dipimpin oleh saya sebagai Perdana Menteri.

“Badan Kehakiman diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, manakala Badan Legislatif diketuai Tan Sri Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan masingmasi­ng produk fakulti ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia