Utusan Borneo (Sarawak)

Perkampung­an Sunnah terima sambutan luar biasa

-

Setelah dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19, Perkampung­an Sunnah siri ke-7 yang berlangsun­g pada 17 hingga 19 Jun di Masjid Alwi, mendapat sambutan luar biasa.

PengarahPr­ogramPerka­mpungan Sunnah Siri ke-7, Hafiz Ahmad Hafiz Jaafar berkata sehingga semalam seramai lebih 20,000 pengunjung telah hadir ke program tersebut dan kebanyakan mereka adalah dari golongan muda.

“Selain daripada mendapat sambutan luar biasa, kehadiran golongan muda merupakan satu petanda positif bahawa golongan ini semakin berminat dengan program keagamaan dan ingin mencari kebenaran,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, selain daripada rakyat Perlis, program ini turut mendapat sambutan daripada pengunjung luar negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Kemboja.

“Oleh kerana kehadiran bilangan pengunjung ramai dan kebanyakan hotel telah penuh, pihak penganjur telah meminta kerjasama dengan pihak pengurusan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullai­l dan Masjid Darul Ibadah, untuk memberi kebenaran kepada pengunjung yang kurang berkemampu­an mengunakan kemudahan dan tidur di masjid,” katanya.

Hafiz Ahmad berkata, sesuai dengan tema penganjura­n ‘Bangkit Membela Sunnah’ dianjurkan program ilmu seperti kuliah subuh, kuliah dhuha, kuliah maghrib dan forum berkaitan dengan kebenaran Sunnah yang perlu diketahui oleh masyarakat umum. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia