Utusan Borneo (Sarawak)

Badan kehakiman pertahan fungsi, ikuti duluan yang ditetapkan: Tengku Maimun

-

Badan kehakiman hanyalah mempertaha­nkan fungsi kehakimann­ya dengan mengikuti duluan atau precedent yang telah ditetapkan dalam membuat keputusan mengenai isu perlembaga­an, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata, mungkin ada sesetengah pihak berpendapa­t bahawa badan kehakiman itu lebih berkuasa berbanding sebelumnya berikutan keputusan mengenai isu perlembaga­an yang dibuat badan itu kebelakang­an ini.

Menurut Tengku Maimun, dalam melaksanak­an tugas kehakiman, hakim-hakim di Malaysia terikat dengan prinsip undang-undang sedia ada.

“Sama ada seseorang hakim itu mengguna pakai atau tidak prinsip-prinsip tersebut, tidak bermakna dia seorang yang liberal atau konservati­f. Pada pandangan saya, hanya ada keputusan koheren secara undang-undang atau tidak koheren bukan keputusan liberal atau konservati­f,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Jubli Emas Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) di sini, kelmarin yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mantan Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Tun Md Raus Sharif serta Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Memetik beberapa kes precedent terbaru antaranya kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi yang diputuskan masing-masing pada tahun 2017 dan 2018, Tengku Maimun berkata kedua-duanya telah diputuskan secara sebulat suara oleh lima hakim, sebelum beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutua­n.

“Selanjutny­a, terdapat kes yang ketiga iaitu kes Alma Nudo Atenza pada 2019 yang juga telah diputuskan secara sebulat suara oleh sembilan hakim Mahkamah Persekutua­n iaitu prinsip undangunda­ng perlembaga­an yang telah diputuskan dalam kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi telah diperkukuh­kan.

“Prinsip-prinsip yang telah diputuskan melalui ketigaketi­ga kes di atas, yang sering kali disebut sebagai trilogy of cases adalah selari dengan pemahaman saya, yang sedikit sebanyak terbentuk hasil pelajaran yang saya peroleh di fakulti ini,” katanya.

Tengku Maimun turut menekankan prinsip-prinsip perundanga­n yang telah diterapkan dalam dirinya sepanjang empat tahun pembelajar­an di Fakulti UndangUnda­ng UM dan sepanjang perjalanan kerjayanya.

“Prinsip-prinsip ini termasukla­h prinsip keadilan tanpa berat sebelah dan sebagai seorang hakim, kebebasan untuk membuat keputusan berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n dan lunas undang-undang tanpa apa-apa tekanan atau pengaruh dalaman atau luaran.

“Ini juga selari dengan sumpah Jawatan dan Taat Setia seorang hakim iaitu untuk sentiasa memelihara, melindungi dan mempertaha­nkan Perlembaga­an Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Tengku Maimun turut mengimbau kenangan beliau ketika bergelar mahasiswi fakulti tersebut bermula tahun 1978, sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Menyingkap kenangan di fakulti itu, Tengku Maimun berkata beliau mempelajar­i banyak perkara, bukan sekadar dari sudut undangunda­ng tetapi juga nilai dan prinsip kehidupan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaa­n dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membentuk pemahaman perundanga­n saya hari ini,” ujarnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Tengku Maimun ketika berucap pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelmarin.
— Gambar Bernama BERUCAP: Tengku Maimun ketika berucap pada Perasmian Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, Kuala Lumpur kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia