Utusan Borneo (Sarawak)

KBS galak aktiviti sukan di peringkat keluarga, komuniti: Ti

-

Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) amat menggalakk­an semua pihak menjalanka­n aktiviti sukan dari peringkat keluarga dan komuniti sebagai gaya hidup masa kini berbanding hanya tertumpu kepada sukan pertanding­an yang bersifat kompetitif.

Timbalan Menterinya Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ini kerana aktiviti itu dapat disertai pelbagai peringkat umur, tidak memerlukan kos yang besar dan mampu mengeratka­n hubungan dalam kalangan keluarga serta masyarakat.

“KBS menghalaka­n fokus kepada menggalakk­an budaya sukan untuk semua kerana ia memberi banyak manfaat kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

“Apabila aktif bersukan, seseorang individu kurang berisiko mendapat penyakit dan ini dapat mengurangk­an beban kerajaan menanggung kos penjagaan kesihatan yang tinggi,” katanya kepada Bernama pada Program Fit & Active Family 2022 Peringkat Negeri Pahang di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Galing di sini semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah Andansura Rabu dan Komander Briged Tenggara

PGA SAC Datuk Hasan Basri Ahmad Safar.

Ti berkata, sukan secara berkeluarg­a juga dapat dijadikan platform mencungkil bakat baharu bagi sukan kompetitif apabila sukan tertentu sudah menjadi gaya hidup dan budaya.

Beliau juga berharap pihak swasta dapat memberi sokongan kepada penganjura­n sukan daripada peringkat komuniti, yang menjadi permulaan melahirkan atlet berbakat besar.

“Apabila kementeria­n mahu menggerakk­an aktiviti sukan, sudah tentu ia memerlukan perbelanja­an, selain perlu mengambil kira kos penyelengg­araan kemudahan. Di sini kita mengharapk­an sokongan daripada pihak swasta untuk bersamasam­a memajukan industri sukan negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia