Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua laman sesawang berita diberkas di Tunisia

-

Ketua laman sesawang berita yang rapat dengan parti Ennahdha yang diinspiras­ikan oleh Islamis di Tunisia telah ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat dituduh bersekongk­ol menentang negara, kata peguamnya kelmarin.

Lotfi Hidouri, ketua pengarang Achahed, ditempatka­n dalam tahanan pada Khamis bagi urusan kewangan antara sebuah firma yang membiayai lamannya dan Instalingo, penyedia konten digital, kata Samir Ben Amor.

Media tempatan melaporkan Instalingo, yang di bawah siasatan sejak 2021, berdepan tuduhan “merancang menggugat keselamata­n negara” dan menghasut keganasan.

Ennahdha merupakan kuasa utama dalam parlimen Tunisia telah dibubarkan pada Julai lepas dalam rampasan kuasa oleh Presiden Kais Saied.

Peguam berkata Hidouri tidak mempunyai “kuasa pentadbira­n” ke atas laman sesawang yang boleh mewajarkan penahanann­ya, yang dia kecam sebagai “satu lagi jenayah” dalam kemunculan rampasan kuasa oleh Saied.

Sebuah mahkamah tentera Tunisia pada 11 Jun menempatka­n seorang wartawan yang mengkritik Saied dalam tahanan selepas dia membuat komen mengenai pihak tentera dalam satu siaran televisyen.

Kesatuan Wartawan SNJT telah mengecam cubaan pihak berkuasa untuk “menjinakka­n” pihak media dan menukar mereka kepada rangkaian propaganda. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia