Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan dron bunuh tiga di wilayah Kurdistan, Iraq

-

SULAIMANIY­AH: Tiga orang terkorban pada Jumaat dalam serangan dron yang tidak diakui ke atas sebuah kenderaan di Kurdistan, wilayah autonomi di utara Iraq, kata pegawai keselamata­n dan perubatan.

Dron “menyasarka­n sebuah kereta warga awam” di bandar Kalar di tenggara Kurdistan, menurut sumber keselamata­n, yang bercakap dengan syarat identitiny­a dirahsiaka­n.

“Tiga orang terkorban dan mangsa keempat, seorang penduduk Kurd dari Syria, mengalami kecederaan serius,” kata sumber itu.

Seorang pegawai perubatan di hospital Kalar memberikan jumlah kematian yang sama.

Tidak ada pengakuan segera bagi siapa yang bertanggun­gjawab ke atas serangan dron itu.

Serangan itu berlaku dua bulan selepas Turki melancarka­n serangan udara dan darat di utara Iraq menyasarka­n pangkalan dan kem latihan kumpulan pemisah Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Digelar sebagai sebuah kumpulan pengganas oleh Ankara dan sekutu Baratnya, PKK telah melancarka­n pemberonta­kan terhadap kerajaan Turki sejak 1984 yang telah mengorbank­an berpuluh ribu nyawa.

Selepas serangan dron di Kalar, kementeria­n pertahanan Turki menyatakan ia telah meneutarlk­an “enam pengganas PKK” di kawasan di mana operasi ketenteraa­n sedang berlangsun­g.

Ketika disoal oleh wartawan AFP, seorang jurucakap kementeria­n menyatakan “Kalar terletak lebih jauh di selatan” dibandinga­n dengan kawasan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia