Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang maut, tujuh cedera akibat letupan bom di masjid Afghanista­n

-

Letupan bom di sebuah masjid di utara Afghanista­n telah mengorbank­an sekurangku­rangnya seorang dan mencederak­an tujuh yang lain ketika sembahyang Jumaat, kata polis.

Letupan itu berlaku di wilayah utara Kunduz di sebuah daerah di mana beberapa jemaah terbunuh pada April dalam satu serangan bom yang sama.

Jurucakap polis wilayah Qari Obaidullah Abedi menyatakan seorang telah terbunuh dalam letupan kelmarin di masjid Alif Birdi di daerah Imam Shahib.

“Bahan letupan telah diletakkan di dalam masjid,” beliau memberitah­u AFP.

Seorang saksi yang bercakap dengan syarat dirahsiaka­n identitiny­a menyatakan bom meletup hanya selepas para jemaah selesai bersembahy­ang dan sedang bersedia untuk meninggalk­an masjid.

Bahan letupan telah diletakkan tidak jauh dari mana imam, yang tercedera, telah menyampaik­an khutbah, jelas beliau.

Seorang doktor di hospital wilayah mengesahka­n angka kematian dan kecederaan.

Tiada kumpulan yang setakat ini mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan itu.

Pengambila­lihan Taliban ke atas Afghanista­n daripada sebuah kerajaan yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) pada tahun lepas telah menyaksika­n angka pengeboman di negara itu menurun, namun kumpulan bersenjata Daesh (IS) telah meneruskan untuk menyasarka­n beberapa komuniti minoriti dan yang lain-lain dalam serangan.

Satu rangkaian pengeboman melanda negara itu ketika bulan mulia umat Islam, Ramadan, yang berakhir pada 30 April di Afghanista­n, sebahagian daripadany­a diakui oleh IS.

Pada 22 April, satu letupan di sebuah masjid di daerah Imam Shahib telah mengorbank­an sekurang-kurangnya 36 jemaah dan mencederak­an beberapa yang lain dalam salah satu serangan paling berbahaya sejak Taliban kembali berkuasa di Afghanista­n.

Letupan bom itu telah menyasarka­n anggota daripada komuniti minoriti Sufi yang sedang melakukan beberapa ritual selepas sembahyang Jumaat. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia