Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut, 20 cedera dalam serangan Rusia di selatan Ukraine

-

Sekurang-kurangnya dua orang maut dan 20 lagi tercedera dalam serangan Rusia ke atas sebuah kawasan kediaman di selatan Ukraine di bandar Mykolaiv, kata gabenor tempatan kelmarin.

“Satu serangan roket ke atas sebuah kawasan kediaman membunuh dua orang dan 20 lagi tercedera,” kata Vitaliy Kim melalui media sosial.

Beliau sebelum itu berkata seorang kanak-kanak adalah antara yang tercedera.

“Empat bangunan kediaman dan sebuah objek infrastruk­tur telah mengalami kerosakan dalam serangan pagi di Mykolaiv,” kata Kim. “Kerja menyelamat sedang dilakukan.”

Pasukan tentera Rusia telah sering menyasarka­n Mykolaiv sejak bermulanya penaklukan mereka pada 24 Februari.

Bandar itu sedang mengekalka­n pertahanan selatan Ukraine, kerana ia terletak di laluan ke pelabuhan strategik utama Odessa di Laut Hitam.

Mykolaiv adalah kira-kira 100 kilometer di barat laut Kherson, yang jatuh ke tangan tentera Rusia pada minggu pertama peperangan.

Bangunan pentadbira­n wilayah telah diserang pada Mac, menyebabka­n sebuah lubang di tengah kompleks dan membunuh lebih 12 orang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia