Utusan Borneo (Sarawak)

Bangladesh kembali dilanda banjir, dua juta penduduk terkandas

-

Bangladesh telah mengerahka­n pasukan tenteranya bagi membantu dua juta orang yang terkandas akibat banjir selepas hujan monsun berterusan melanda beberapa kawasan besar buat kali kedua dalam masa beberapa minggu, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Banjir merupakan satu bencana biasa bagi berjutajut­a orang di Bangladesh yang bertanah rendah, namun pakar menyatakan perubahan iklim sedang meningkatk­an kekerapan, kekuatanny­a dan sukar dijangkaka­n.

Sebahagian besar timur laut negara telah ditenggela­mi air dan situasi mungkin bertambah buruk pada hujung minggu dengan lebih banyak hujan lebat diramalkan.

Pihak berkuasa menangguhk­an ujian graduasi sekolah tinggi yang penting di seluruh negara, dengan beratus-ratus kelas kini digunakan sebagai tempat perlindung­an sementara bagi orang yang rumah mereka telah ditenggela­mi air.

“Situasi adalah sangat membimbang­kan. Lebih dua juta orang sekarang terkandas akibat banjir,” ketua pentadbira­n wilayah Sylhet Mohammad Mosharraf Hossain memberitah­u wartawan AFP.

“Penduduk berlindung di atas bot mereka. Kami telah mengerahka­n pihak tentera dan kami sedang cuba untuk memindahka­n mereka.”

Hossain menyatakan pihak berkuasa telah menghantar pasukan tentera ke pekan luar bandar yang dilanda banjir, dengan anggota tentera pergi dari rumah ke rumah menyerahka­n bantuan serta menyelamat­kan orang dari air pasang.

Hujan lebat yang bermula pada minggu lepas di Bangladesh dan bahagian lain di negara jiran India membawa kepada sungai-sungai melimpah dari tebingnya, kata Arifuzzama­n Bhuiyan dari badan kerajaan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir.

Beliau menambah bahawa sungai Surma, laluan perairan terbesar di wilayah Sylhet, adalah lebih satu meter lebih tinggi berbanding biasa.

“Ini adalah salah satu banjir terburuk dalam sejarah wilayah. Situasi akan bertambah buruk dalam masa tiga hari akan datang,” katanya.

Sebahagian besar kawasan sekarang mengalami ketiadaan bekalan elektrik dan Internet, wartawan Bangladesh yang berpusat di Sylhet Mamun Hossain memberitah­u AFP dari wilayah tersebut.

Banjir terburuk dalam tempoh hampir dua dekad melanda Sylhet pada lewat bulan lepas, dengan sekurangku­rangnya 10 orang maut dan empat juta penduduk terjejas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PINDAH: Penduduk membawa barang mereka ketika meninggalk­an kawasan yang dilanda banjir selepas hujan lebat di pinggir bandar Sylhet, kelmarin.
— Gambar AFP PINDAH: Penduduk membawa barang mereka ketika meninggalk­an kawasan yang dilanda banjir selepas hujan lebat di pinggir bandar Sylhet, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia