Utusan Borneo (Sarawak)

Siaran langsung ‘Iris Wanita’ di TV1

-

TARIKAN terbaharu di TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitka­n siaran langsung program

‘Iris Wanita’, Dinamik, Karisma, Inspirasi yang mulai bersiaran dengan episod pertamanya pada 12 Jun lepas, setiap Ahad, jam 11.00 pagi.

Disiarkan secara langsung dari studio di Angkasapur­i, Kuala Lumpur, program terbitan Noradaliah Nasharuddi­n, Seksyen Ehwal Semasa RTM ini menampilka­n gandingan pengacara Yana Samsuddin dan Azura Mokhtar.

Objektif program ini menurut penerbitny­a bagi meraikan pandangan, idea, suara wanita diangkat ke satu tahap bagi memberi keyakinan kepada golongan wanita di luar sana menyambung generasi yang akan datang.

Matlamat program ini pula bagi memastikan golongan wanita bersedia dengan apa jua cabaran dan dugaan yang datang.

Pengacara Yana Samsuddin turut teruja kerana buat pertama kalinya menjadi hos program yang disiarkan secara langsung dengan kehadiran penonton di studio.

Malah dapat berinterak­si dengan tetamu yang hadir di studio apatlahlag­i tetamu yang diundang terdiri daripada ikon-ikon yang hebat dalam bidang masing-masing.

Sepanjang satu jam bersiaran, program ini mengetenga­hkan tiga segmen iaitu ‘Tetamu Iris’, iaitu mengundang dan berbicara santai dengan ikon yang banyak mencapai kejayaan dalam pelbagai tahap dan bidang diceburi mereka.

Pastinya perkongsia­n mereka boleh menyuntik inspirasi kepada penonton.

Seterusnya dalam segmen ‘Dia’ (Dinamik, Inspirasi, Angggun) yang menampilka­n individuin­dividu wanita yang biasa pada mulanya berjaya mencapai kejayaan dengan usaha keras masing-masing.

Akhir sekali memperkena­lkan segmen ‘Me Time’ yang berkongsi bingkisan dan keinginan bagi seseorang wanita bila diberikan peluang untuk melakukan aktiviti yang disukai mereka tanpa sebarang gangguan.

Contohnya masa terluang untuk memasak, membeli-belah dan banyak lagi.

Nantikan perkongsia­n dan tajuk-tajuk menarik dalam program bual bicara ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, RTM

Klik (rtmklik. rtm.gov.my).

Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App

Store.

 ?? ?? YANA SAMSUDDIN
YANA SAMSUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia