Utusan Borneo (Sarawak)

Lengkapi diri dengan pelbagai ilmu, adaptasi pada perubahan

Kaedah pengajaran dan pembelajar­an berubah susulan pandemik

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Golongan pendidik perlu menyediaka­n diri dengan pelbagai ilmu bagi mengadapta­si perubahan dalam kaedah pengajaran dan pembelajar­an mereka terutama ketika pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang berkata pandemik COVID19 memberi impak besar kepada sekolah dan sistem pendidikan di negara ini namun proses pendidikan tidak wajar dihentikan, sebaliknya menuntut perubahan kaedah pengajaran.

Justeru katanya, keadaan itu memerlukan seseorang guru mengadapta­si perubahan membabitka­n cara bekerja seperti pengajaran dalam talian yang agak sukar bagi pendidik dan pelajar.

“Meskipun sukar bagi guru-guru menangani dan mengatasi masalah itu, hasil pengalaman dan cara mereka mendidik mengikut kesesuaian amat mengagumka­n.

“Kerja keras dan pengorbana­n guru-guru dalam tempoh itu amat dihargai dan saya tabik kepada golongan pendidik,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-19 Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Bintulu, Penyampaia­n Sijil Galakan dan Insentif Akademik Cemerlang serta Sijil Penghargaa­n Persaraan Ahl-Ahli STU Bintulu di sini semalam.

Johnny berkata, situasi pandemik yang melanda negara membawa perubahan kepada kaedah pengajaran guru-guru selaras dengan keadaan semasa dan menuntut mereka melengkapi diri dengan pelbagai ilmu menghadapi cabaran abad ke-21.

“Pendidik perlu belajar secara berterusan dan perlu menjunjung konsep belajar sepanjang hayat, sentiasa peka dengan persekitar­an serta perkembang­an terkini isu dan keadaan semasa,” jelasnya.

Menurutnya, penyebaran ilmu pengetahua­n melalui saluran sosial adalah pelbagai dan boleh mendapatka­n ilmu melalui saluran ada sekarang.

Atas dasar itu katanya, guru-guru perlu peka memantapka­n diri dalam proses pembelajar­an dan mengetahui menggunaka­n inovasi dibangunka­n seterusnya mengadapta­si dalam proses pengajaran.

“Saya menyeru lebih ramai guru di sini menyertai menjadi ahli STU memastikan kesatuan itu berkembang dan kukuh mewakili guru-guru memperjuan­g hak, kebajikan

“Pendidik perlu belajar secara berterusan dan perlu menjunjung konsep belajar sepanjang hayat, sentiasa peka dengan persekitar­an serta perkembang­an terkini isu dan keadaan ” semasa.

Johnny Pang ADUN Tanjong Batu

mereka,” katanya.

Johnny turut mengucapka­n tahniah kepada anakanak yang cemerlang dalam akademik dan menghargai sumbangan besar guru-guru yang bersara khususnya di Bintulu.

Terdahulu, beliau menyampaik­an Insentif Akademik Cemerlang untuk 38 anak-anak ahli STU merangkumi lapan pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (1) dan sebelas Diploma (11), Sarjana Muda (17) dan Sarjana (1).

Diikuti penyampaia­n Sijil Galakan Ahli-Ahli STU, Insentif Pengambila­n Ahli Baharu STU dari Januari hingga Disember 2021 dan Sijil Penghargaa­n kepada ahli-ahli STU yang bersara dari 1 Januari 2021 hingga 31 Mei 2022.

Pada majlis itu, Johnny turut menyampaik­an sumbangan kepada STU Bahagian Bintulu.

Hadir sama Naib Presiden STU (Zon Utara), Soo Siew Huong dan Pengerusi STU Bahagian Bintulu Sesi 20212023, Ellya Ahmad.

 ?? ?? MESYUARAT: Johnny (duduk, tengah), Soo (duduk kiri), Ellya (duduk, kanan) bersama guru-guru, ibu bapa dan anak-anak didik pada AGM Ke-19 STU Bahagian Bintulu semalam.
MESYUARAT: Johnny (duduk, tengah), Soo (duduk kiri), Ellya (duduk, kanan) bersama guru-guru, ibu bapa dan anak-anak didik pada AGM Ke-19 STU Bahagian Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia