Utusan Borneo (Sarawak)

Ling terharu sikap terbuka diamalkan KPD Miri baharu

-

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling terharu dengan sikap terbuka diamalkan Ketua Polis Daerah (KPD) Miri baharu kerana sudi menjemput beliau bersama meraikan Majlis Gawai Raya dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri baru-baru ini tanpa mengira latar belakang politik.

Oleh itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada IPD Miri atas jemputan ke majlis tersebut.

“Saya ingin menzahirka­n ucapan terima kasih kepada KPD Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Ketua Cawangan Khas IPD Miri DSP Chua Su Hua serta pegawai lain kerana menjemput saya menghadiri Majlis Gawai Raya tersebut.

“Polis merupakan ‘payung’ kepada masyarakat kerana diamanahka­n untuk menjaga dan melindungi keselamata­n serta harta benda masyarakat.

“Sikap mesra dan terbuka ditunjukka­n oleh ACP

Alexson (KPD Miri) mempamerka­n komitmen ikhlas dan tinggi PDRM (Polis Diraja Malaysia) di bawah pimpinanny­a untuk terus menyampaik­an perkhidmat­an cemerlang dan berintegri­ti kepada penduduk Miri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Beliau memuji sambutan rumah terbuka itu yang diraikan penuh kemeriahan dengan sajian dan pelbagai hidangan daripada jabatan-jabatan di IPD Miri dan balai-balai polis sekitar Miri.

“Majlis tersebut dimeriahka­n dengan sambutan dua perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak. Sesungguhn­ya majlis seumpama itu adalah satu majlis amat bermakna untuk kita semua bersama meraikanny­a dalam berbilang kaum.

“Secara keseluruha­nnya, majlis ini diadakan dengan jayanya. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada penganjur dan semoga hubungan terjalin dapat merapatkan keakraban sesama kita seperti slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.

 ?? ?? RAMAH MESRA: Ling (dua kiri) dan Alexson (dua kanan) memeriahka­n Majlis Gawai Raya anjuran IPD Miri.
RAMAH MESRA: Ling (dua kiri) dan Alexson (dua kanan) memeriahka­n Majlis Gawai Raya anjuran IPD Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia