Utusan Borneo (Sarawak)

STU sentiasa kerjasama, jalin hubungan mesra dengan JPN

-

Kesatuan Guru Sarawak (STU) sentiasa bekerjasam­a dan menjalinka­n hubungan mesra dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam pelbagai isu berkaitan kebajikan guru-guru dan pendidikan di negeri ini.

Naib Presiden STU (Zon Utara) Soo Siew Huong berkata, beberapa perbincang­an dengan JPN diadakan tertumpu kepada isu-isu berkaitan bebanan kerja guru, perpindaha­n guru antara daerah dan negeri, peperiksaa­n, keperluan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di sekolah, kedudukan dan situasi bangunan-bangunan sekolah.

Selain itu, perbincang­an turut membabitka­n keperluan guru ‘one-off’ di Sarawak, temu duga guru dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) Interim oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran (SPP) dengan memohon agar Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menyambung kontrak guru Program Diploma Pascasiswa­zah Pendidikan (PDPP) dan menawarkan jawatan tetap kepada mereka.

“Pada masa sama, kita membincang­kan isu penambahba­ikan spesifikas­i tugas guru dalam DG48 dan DG44, meningkat dan mempercepa­t pembaikan pembanguna­n sekolah daif dan infrastruk­tur sekolah.

“KPM memberi perhatian kepada isu melibatkan guru iaitu menyusun semula isu pertukaran guru melalui permohonan empat kali pertukaran setahun dan spesifikas­i kerja guru,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke19 Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Bintulu di sini semalam.

Soo berkata, perhatian itu menunjukka­n KPM mengambil berat kebajikan dan keperluan guru serta STU turut berkolabor­asi dengan Swinburne University dan UNIMAS Business School sebagai rakan strategik.

“Sekiranya ahli berminat melanjut pelajaran di keduadua universiti itu, ahli STU boleh mendapat kadar istimewa yuran pembelajar­an sekali gus menyeru lebih ramai guru belum berpersatu­an menyertai STU dalam perjuangan memartabat­kan profesion keguruan,” jelasnya.

Katanya, apabila sudah menjadi ahli, mereka harus melibatkan diri dalam aktiviti kesatuan dan ahli-ahli muda perlu bergiat aktif dalam kesatuan memandangk­an keahlian ramai dapat menyumbang suara bagi memperjuan­g hak guru yang perlu berani menyuaraka­n hasrat dan harapan kepada pihak atasan.

Menurutnya, semakin ramai guru memohon menjadi ahli STU kerana wujud kesedaran dalam kalangan guru bahawa kesatuan dapat membantu dan menjaga kebajikan guru-guru dalam profesion keguruan.

Sementara itu, Pengerusi STU Bahagian Bintulu Sesi 2021-2023 Ellya Ahmad berkata, setelah dua tahun berdepan pandemik COVID19, pengalaman Pengajaran dan Pembelajar­an Di Rumah (PdPR) memberi peluang dan ruang kepada guru meningkatk­an kemahiran termasuk anak-anak dalam penggunaan teknologi digital.

“Ia turut meningkat kemahiran digital kaedah Pembelajar­an dan Pemudahcar­aan (PdPC) dalam pengoperas­ian sekolah dibuka secara bersemuka,” katanya.

Menurutnya, penggunaan aplikasi teknologi digital diteruskan dalam PdPC agar pendidikan negara terus relevan seiring perkembang­an teknologi tanpa mengabaika­n nilai-nilai murni.

Beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada anakanak STU menerima insentif serta menghargai sumbangan dan jasa ahli-ahli STU sepanjang berkhidmat sebagai guru sekali gus ahli jawatankua­sa STU sentiasa berusaha meraikan kejayaan anak-anak dan kebajikan ahli STU terutama aspek pendidikan.

“Justeru, saya harap sokongan Ahli Yang Berhormat (YB) dalam menyokong program-program STU pada masa akan datang,” katanya.

 ?? ?? SUMBANGAN: Johnny (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Ellya (kiri) khusus untuk dana STU Bahagian Bintulu sambil disaksikan Soo (kanan) di Bintulu semalam.
SUMBANGAN: Johnny (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Ellya (kiri) khusus untuk dana STU Bahagian Bintulu sambil disaksikan Soo (kanan) di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia