Utusan Borneo (Sarawak)

Lengkapi diri dengan ilmu asas perundanga­n: Ling

-

Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Alan Ling menggesa penduduk untuk memperting­katkan pengetahua­n tentang proses dan hak perundanga­n.

Ling menyaranka­n mereka yang masih keliru dengan proses tersebut untuk mendapatka­n khidmat guaman.

“Sekiranya seseorang terlibat dalam kes jenayah telah ditangkap, pihak polis berhak untuk memberi peluang kepada orang yang ditangkap untuk memaklumka­n kepada ahli keluarga dan berhubung dengan peguam bela yang ingin dilantik,” jelas Ling.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, ramai tampil merujuk kepada beliau untuk mendapat nasihat dan bimbingan termasuk perkara yang perlu dilakukan terhadap kes melibatkan pihak polis dan mahkamah.

Sekiranya disabitkan dalam kes jenayah katanya, peguam yang dilantik akan berurusan dengan polis untuk mengetahui perkembang­an siasatan kes dan semasa perbicaraa­n di mahkamah.

Ling memberitah­u, polis berperanan menyiasat serta mengumpul bukti-bukti kukuh kes dan merujuk kertas siasatan yang telah disediakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tujuan tuduhan di mahkamah.

“Jangan percaya kepada apa apa jaminan daripada mana mana pihak kerana hanya melalui prosedur sah di sisi undang-undang adalah paling selamat.

“Apabila satu kes telah berdaftar di mahkamah, kes tersebut akan dibicaraka­n pada tarikh dan masa yang ditetapkan, namun pihak polis pada ketika itu hanya menjadi saksi setelah semasa sesi perbicaraa­n,” tegasnya.

Ling menambah, polis hanya boleh menahan suspek selama 24 jam sahaja dan sekiranya siasatan lanjut diperlukan, polis harus ke mahkamah bagi membuat permohonan kepada Majistret untuk melanjutka­n tempoh reman.

 ?? ?? LING
LING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia