Utusan Borneo (Sarawak)

Haji: Rendah diri, sembunyi pangkat dan kedudukan pupuk keakraban rakan sebilik

-

Menyembuny­ikan pangkat, jawatan dan taraf pendidikan menjadi satu daripada cara terbaik bagi memupuk keakraban dan hubungan harmoni dalam kalangan jemaah haji.

Perkara itu dikongsika­n dua jemaah wanita yang merupakan doktor pakar dan pensyarah kanan apabila mereka perlu tinggal sebilik dengan empat wanita lain yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Dr Siti Norhafiza Mohamad Azmi, 35, pakar patologi di Hospital Tengku Ampuan

Afzan, Kuantan, Pahang berkata rahsia pekerjaann­ya hanya terbongkar beberapa minggu selepas tinggal sebilik dan ketika itu kesemua mereka telah akrab bagaikan adik-beradik.

“Saya tidak ‘membawa’ jawatan ke Tanah Suci. Di sini, kita sama sahaja dan itu tujuan kita menunaikan haji. Dalam bilik ini ada profesor, guru tadika, kerani dan ada juga tukang jahit...tetapi kita semua sama, dari segi ilmu atau apapun.

“Kesemua rakan sebilik juga akan saling membantu kalau ada perkara yang kita tak tahu. Pada saya, bersikap rendah diri akan membolehka­n kita lebih akrab...apa yang berlaku sekarang adalah satu pengalaman yang menginsafk­an,” katanya kepada pemberita di bilik penginapan jemaah haji di bangunan Abraj Al Janadriyah di sini.

Menurut Dr Siti Norhafiza, kesemua rakan sebiliknya bukan sahaja saling menjaga ketika sakit malah akan menunaikan solat berjemaah di bilik jika tidak berpeluang ke masjid selain sentiasa sepakat menyertai pelbagai program yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Ditanya adakah beliau bersedia untuk bertugas sekiranya diperlukan TH, Dr Siti Norhafiza yang disifatkan seorang yang pemurah oleh rakan sebilik berkata: “Saya telah maklumkan kepada pegawai TH dan sedia berkhidmat terutama dalam urusan membabitka­n COVID-19.”

Sementara itu, Prof Madya Dr Noriah Ismail, 50, pensyarah bahasa Inggeris di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Segamat, Johor berkata apabila rahsia kerjaya mereka terbongkar, masing-masing hanya ketawa dan meneruskan rutin seperti biasa.

“Sepertiman­a rakan sebilik lain, saya tidak memikirkan tentang sebarang perbezaan...inilah peluang untuk kita beribadah. Tempoh lebih 40 hari agak lama dan saya rasa persamaan dan keserasian itu amat penting,” katanya.

Nora Jusin, 54, pula berkata beliau selesa dengan semua rakan sebilik dan dalam kebanyakan masa, merekaakan­makan bersama-sama.

Lebih menarik apabila suami keenam-enam wanita tersebut juga tinggal sebilik yang berdekatan dengan bilik mereka sekali gus mencetuska­n suasana harmoni.

TH menyediaka­n khidmat kaunseling di setiap bangunan penginapan jemaah bagi membolehka­n mereka membuat aduan dan mendapatka­n khidmat nasihataga­rmampu beribadah dengan selesa. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia