Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo mahu tinggalkan Man United

Penyerang itu berasakan dirinya tidak dilibatkan dalam projek Ten Hag di Old Trafford

-

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo mahu meninggalk­an Manchester United pada musim panas ini kerana dia dilaporkan tidak berasakan dia dilibatkan dalam projek Erik Ten Hag di Old Trafford.

Bintang Portugal itu, 37, menjaringk­an 24 gol pada musim pertama kali kedua di United tetapi semuanya bakal berubah dengan ketibaan jurulatih Belanda itu musim panas ini.

Akhbar Itali, La Repubblica telah membuat dakwaan berani bahawa Ronaldo kini mencari jalan keluar dari United menjelang musim depan.

Pemain penyerang itu merasa tidak terlibat dalam perancanga­n Ten Hag untuk menghidupk­an semula pasukan yang telah merosot selama beberapa musim ini.

Roma dan Sporting Lisbon disenaraik­an sebagai destinasi yang berpotensi namun masih tidak jelas jika kelab-kelab ini mampu membayar gaji Ronaldo yang sangat besar, berjumlah 480,000 pound seminggu.

Kegagalan United untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan nampaknya merupakan faktor lain ketika Ronaldo memasuki senja kariernya.

Mereka akan bermain di Liga Europa semasa kempen pertama Ten Hag selepas menamatkan musim Liga Perdana di tempat keenam.

Orang ramai gembira apabila United menandatan­gani

Ronaldo dari Juventus dengan bayaran sebanyak 12.85 juta pound pada awal musim sebelum ini.

Tetapi kepulangan­nya berubah menjadi malapetaka apabila United tersungkur dan tidak pernah bermain seperti bersaing untuk manamana trofi, kini lima tahun tanpa trofi.

Walaupun gol Ronaldo memberikan pasukannya gelaran Pasukan Liga Perdana Terbaik Tahunan, United hanya menamatkan saingan di tempat keenam dan tersingkir dari Liga Juara-Juara ke Atletico Madrid pada peringkat 16 akhir.

Selepas Ole Gunnar Solskjaer menerima akibat daripada kekecundan­gan mereka pada bulan November, United beralih kepada Ralf Rangnick sebagai jurulatih sementara sehingga akhir musim.

Walau bagaimanap­un, hanya sedikit peningkata­n di bawah jurulatih Jerman itu.

Mereka kini telah melantik bekas jurulatih Ajax, Ten Hag sebagai pengurus tetap mereka dan jurulatih Belanda itu akan memulakan rombakan skuad secara besarbesar­an musim panas ini.

Walaupun Ronaldo mempunyai satu tahun lagi dalam kontraknya, dengan pilihan pelanjutan, laporan ini menyaranka­n dia boleh meninggalk­an Old Trafford lebih awal. — AFP

 ?? ?? RONALDO
RONALDO
 ?? ?? TEN HAG
TEN HAG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia