Utusan Borneo (Sarawak)

Bonnie raih emas Kejohanan Para Terbuka Asia Oceania di Korea

-

Jaguh powerlifti­ng negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifti­ng Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan, kelmarin.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 213kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifti­ng www.paralympic. org/powerlifti­ng.

Pada percubaan pertama, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 203kg, diikuti 209kg pada percubaan kedua dalam kejohanan itu yang merupakan antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Persaingan antara enam peserta pada kejohanan itu menyaksika­n atlet dari China, Hu Peng melakukan angkatan 200kg dan Bekzod Jamilov (180kg) dari Uzbekistan masingmasi­ng meraih perak dan gangsa.

Bonnie sebelum ini meraih emas Kejohanan Powerlifti­ng Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, Disember lepas dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia