Utusan Borneo (Sarawak)

Blackhead Limbang buru kejuaraan MSL Pasukan itu melalui perjalanan darat ke Kota Kinabalu sebelum menaiki penerbanga­n ke Kuching bagi hadapi kejohanan MSL Sarawak

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Perjalanan panjang ditempuhi pasukan badminton Blackhead Limbang yang melalui perjalanan darat ke Kota Kinabalu sebelum menaiki penerbanga­n ke Kuching tidak sesekali melunturka­n semangat mereka untuk mengenggam kejuaraan pada Kejohanan Badminton Malaysia Sport League (MSL) Peringkat Negeri Sarawak.

Kejohanan itu berlangsun­g di Arena Tun Tuanku Haji Bujang Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan selama dua hari bermula semalam (18 Jun) dan berakhir hari ini (19 Jun).

Dalam satu kenyataan medianya di sini kelmarin, Pejabat Belia dan Sukan

“Semoga semangat dan tekad yang ditunjukka­n barisan pemain badminton Blackhead Limbang itu membuahkan ” hasil bagi Bahagian Limbang.

Bahagian (PBSB) Limbang memberitah­u pasukan badminton Blackhead Limbang memulakan perjalanan mereka untuk berjuang pada Kejohanan Badminton MSL Sarawak di Kota Samarahan, Khamis lalu.

Pasukan dari Utara Sarawak itu terpaksa berdepan kekangan penerbanga­n yang terhad dari Limbang dan mengambil ikhtiar menggunaka­n perkhidmat­an bot laju ke Lawas seterusnya menaiki van ke Kota Kinabalu sebelum melakukan penerbanga­n ke Kuching.

“Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran, namun ia tidak mematahkan semangat pasukan badminton Blackhead Limbang untuk meneruskan perjalanan mereka ke Kota Samarahan bagi menghadapi Kejohanan Badminton MSL peringkat negeri,” kata kenyataan itu.

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang, Yaman Yahya turut mengambil kesempatan untuk bertemu dengan pasukan tersebut dan memberikan kata-kata semangat sebelum mereka memulakan perjalanan ke Kota Samarahan.

“Semoga semangat dan tekad yang ditunjukka­n barisan pemain badminton Blackhead Limbang itu membuahkan hasil bagi Bahagian Limbang,” katanya.

Sebelum itu, PBSB Limbang turut mengadakan pertemuan dengan pengurus pasukan, jurulatih dan pemain-pemain badminton mewakili Bahagian Limbang ke kejohanan MSL Sarawak itu.

Pada pertemuan itu, Yaman turut menasihati agar pasukan tersebut sentiasa menjaga kesihatan dan mempersiap diri bersaing peringkat negeri itu.

Yaman Yahya Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia