Utusan Borneo (Sarawak)

SK Nanga Penyarai juara Sepak Takraw MSS Tatau-Sebauh

-

Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Penyarai muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sekolah Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Tatau-Sebauh 2022 di Pekarangan SK Kelawit kelmarin.

Naib juara disandang pasukan tuan rumah, SK Kelawit manakala tempat ketiga dan keempat masing-masingnya dimenangi oleh SK Sungai Bagian dan SK Sebauh.

Pertanding­an berlangsun­g pada 16 dan 17 Jun itu disertai sebanyak 20 pasukan sekolah rendah daerah Tatau dan Sebauh.

Kejohanan dua hari itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai PPD Tatau-Sebauh, Mohd Amilin Hasbi.

Mohd Amilin dalam ucapannya berkata, sejak 2019 aktiviti sukan bersemuka tidak dapat dijalankan dan ini merupakan pertama kali diadakan selepas wabak pandemik COVID-19.

“Pertanding­an ini untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili daerah Tatau-Sebauh ke peringkat Bahagian Bintulu pada 27 hingga 29 Jun ini,” katanya.

Pengerusi pengelola merangkap Guru Besar SK Kelawit, Janudin Ab Rahman berkata dua pasukan terdiri lapan pemain mewakili daerah Tatau-Sebauh ke peringkat Bahagian Bintulu.

Menurutnya, pemilihan itu berdasarka­n kemahiran pemain-pemainnya dan bukan mengkhusus kepada pasukan menang serta mereka dipilih oleh jawatankua­sa pemilihan khas.

Hadir sama Pengerusi Teknikal Sepak Takraw PPD Tatau-Sebauh Nor Raziman Jamain, Guru Besar SK Nanga Penyarai Ngalambong Baring, Pengerusi Teknikal Kejohanan, Muhamad Syamil Mansor dan pengurus pasukan yang bertanding.

 ?? ?? BURU JUARA: Pasukan Kelab Badminton Lawas bersedia mengibar cabaran pada kejohanan MSL di Kota Samarahan bermula semalam.
BURU JUARA: Pasukan Kelab Badminton Lawas bersedia mengibar cabaran pada kejohanan MSL di Kota Samarahan bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia