Utusan Borneo (Sarawak)

Enam pusat agih air beroperasi 24 jam

-

MIRI: Enam pusat pengagihan air di sini akan beroperasi selama 24 jam untuk membolehka­n penduduk Miri mendapat bekalan air sehingga keadaan pulih semula.

Lokasi ialah Loji Rawatan Air Lambir, bypass Miri Sentral (berdekatan pasaraya SL), pusat komersial Airport (seberang lapangan terbang Miri dan di hadapan Lot 1M Cafe), Milea Residence Eastwood Industries (berdekatan Dapur Nasi Kukus Pae’ya), Desa Pujut 2 Permyjaya (lot kedai Desa Murni sebelum McDonalds) dan Masjid Darul Ehsan Piasau.

Pusat lain ialah di hadapan Permymall bermula jam 8 pagi hingga 7 malam, Ah Hong Tudan (8 malam hingga 8 pagi), berdekatan restoran makanan laut Jumbo (8 pagi hingga 7 malam), berdekatan parkir New World Mart (8 malam hingga 8 pagi), Taman Bulatan (8 pagi hingga 7 malam) dan perkaranga­n Stadium Tertutup (8 pagi hingga 7 malam).

LAKU Management Sdn Bhd dalam kenyataan pada jam 3 petang semalam memberitah­u, lori tangki air tambahan akan bergerak ke kawasan sekolah, klinik dan kemudahan kesihatan.

Hujan lebat pada jam 2.45 petang pada Jumaat (17 Jun) mengganggu kerja-kerja penyambung­an paip di Batu 7 Jalan MiriBintul­u.

Kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada jam 12 tengah hari pada hari Ahad (19 Jun) bergantung kepada keadaan cuaca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia